..سم الله الرحمن الرحيم.
Pada satu ketika dalam satu peperangan, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Da'tsur menghunus pedangnya kepada Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk berteduh di bawah pokok.
Da'tsur bertanya kepada Nabi,"Siapakah yang dapat melepaskanmu daripadaku?"
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab,"ALLAH."Ketika itu , jatuhlah pedang yang dihunus oleh Da'tsur, lalu diambil oleh Nabi dan bertanya kepadanya , "Siapakah yang dapat melepaskanmu daripadaku?"
Da'tsur menjawab,"Tiada."
Lalu Nabi memberi maaf kepada lelaki itu dan kerana murninya hati Rasulullah s.a.w. itu, Da'tsur mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengajak kaumnya memeluk agama Islam.
Lalu Nabi memberi maaf kepada lelaki itu dan kerana murninya hati Rasulullah s.a.w. itu, Da'tsur mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengajak kaumnya memeluk agama Islam.
The Moral of the story is....
Sedangkan Nabi bersikap pemaaf, inikan pula kita sebagai manusia biasa.Orang yang mempunyai sifat pendendam tidak menguntungkan diri mereka sendiri tapi hanya membawa kerugian.Masyarakat akan membencinya dan ALLAH akan murka terhadapnya.Pergaulannya dengan orang lain juga bertambah sempit. Orang yang suka memaafkan orang lain, termasuk dalam golongan orang yang suka berbuat kebajikan..
Marah akan membawa kepada dendam yang mengakibatkan kebinasaan
sekian~coretan buat semua juga diriku yang sering leka & alpa...
No comments:
Post a Comment