Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Ikhtilat (Pergaulan)






Entry kali ini mungkin akan ada pembaca yang membenci admin yang menulis. Sila kuatkan hati untuk membaca. Tolong Husnuzon tentang apa yang hendak disampaikan. Keraskan hati, jangan nak sentap sana- sini. Kalau kena tarbiyyah sampai makan dalam sikit pun nak terasa, macam ni ke nak jadi penghuni syurga?


Dalam alam maya tak payah nak ikhtilat sangat lah. Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja mengeratkan silaturrahim kata orang.. Kalau setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, ye tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan. Pernah dengar alasan sebegitu atau kita sendiri yang memberikan alasan sebegini? Perkataan "Ukhwah" jangan dibuat main. Kebanyakan dari kita mudah sangat untuk menjaga ikhtilat di luar, tapi di alam maya? Muhrim tak muhrim, semua langgar. Berurusan jika perlu, jauhi jika perbuatan tersebut hanya menambahkan kerja malaikat di sebelah kiri kamu. Cakap senanglah Invi.. Macam mana kalau yang peramah dengan kita tu alim? Siap berkopiah, berjubah, bertudung labuh? Dah diberi peluang, memang Stadium Bukit Jalil sanggup ku tadahkan lah.. Boleh buat calon bini atau suami lah gitu.. Dapat juga dia pimpin kita ke Jannah. *tercekik tertelan kata- kata manusia* Alim betul atau alim- alim kucing?  Tetttttt kontroversi Invi, kontroversi! Jika benar dia betul- betul berilmu dia pasti dapat menjaga adabnya. Dia pasti tahu akan yang halal dan yang haram. Biar diri itu di gelar sombong! Sebab kita di dunia mencari Redha Allah bukan Redha manusia! Jangan sesekali ukur iman, melalui pakaian. Manusia yang berseluar jeans juga mampu jadi baik. Pakaian tak dapat mengukur kebaikan seseorang tu. Dan sekiranya kamu benar- benar mahu menjadikannya pasangan hidup, cukuplah sekadar bertaaruf dan nikahilah dia, bukan bantu dia untuk menambah titik hitam di hati. Itu caranya. Bukannya bergurau senda, membincangkan hal yang tak perlu. Jika sebelum nikah kamu sudah berperangai sebegini, hilanglah kemanisan selepas bernikah nanti. 





Credit kepada Encik Google


Si Jejaka: Rugilah bro, kalau tinggal gitu je. Peluang tu, peluang! Dah orang nak peramah dengan kita, kita layan jelah.. Bukan senang nak berkawan dengan perempuan tudung litup ni haaa... Kat luar, diorang pandang sebelah mata pun tak nak. Kat alam maya ni lah, nak puaskan nafsu di hati. Kalau dia jodoh aku pun, nanti lepas nikah, taubat lah sesama. Sehati sejiwa lah katakan.


Si pemalu yang tak berapa nak pemalu: Kitorang bertegur sapa kat alam maya nak tambah kenalan je. Kitorang pun manusia biasa, nak bergaul juga sesama manusia. Mana boleh judge sesuka hati. Bergantung pada niatlah, kalau niat tu nak menggatal, memanglah malaikat sebelah kiri buat kerja. Tapi niat kitorang cuma nak merapatkan ukhwah yang terjalin je.

 Invi: Ohh ku terkedu tanpa kata.  *Sesak nafas* :confused:




Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al- Israa: 32]



Niat tak menghalalkan cara, mu paham dak? Kalau niat baik, tapi guna cara yang salah buat apa... Perempuan belum lupus lagi kat dunia ni, untuk awak merapatkan ukhwah sesama mereka wahai gadis- gadis sekalian. Kesian bakal pasangan hidup kamu nanti. Ramai yang dah mengetahui banyak tentang kamu berbanding si dia yang lebih layak. Ouhh ini tidak adil, tidak adil bagi si dia♫♫  Ehem! Dan untuk si jejaka- jejaka yang tidak dilayan di luar sana, dan melampiaskan nafsumu di alam maya, STOP IT! Wanita bukan barang mainanmu, bukan jua tempat untuk kau jadikan sebagai pemuas nafsu! Aku juga berperangai begitu dulu. Dah pernah terjebak dengan kancah hampir kemaksiatan seperti itu. Manusia mampu berubah! Kau layak berubah! Kau mampu tinggalkan sifat tu! Anda mampu mengubahnya... Tak susah, hanya perlu berhenti menegur. Dan untuk muslimah sejati di luar sana, jaga adabmu, jaga dirimu daripada godaan- godaan sang jejaka yang mahu menawan hatimu kemudian dijak- pijak seperti sampah! Dan wahai gegadis yang berjubah dan bertudung litup, juga jejaka- jejaka rebutan malaya yang berjubah, berserban dan berkopiah di alam maya, jaga tingkah lakumu. Manusia memerhatikanmu. Jangan hanya kerana  silap mu seorang, ramai yang berpewatakan sepertimu tetapi menjaga tingkah lakunya, terkena tempias!



"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." [An- Nur: 30]



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..." [An- Nur: 31]



Ikhtilat bukan hanya perlu dijaga di luar.  Bukan hanya ketika bertentang mata saja. Tetapi di alam maya, semasa bersms atau bercakap di telefon juga. Jangan sampai digelar dengan perkataan "gedik" baru nak sedar. Ingat! akan ada manusia yang sentiasa memerhatikan kamu dalam diam. Jika kamu tak gentar akan mata- mata yang melihat, takutilah Pencipta kamu. Malaikat yang sering menjaga di kanan dan kirimu. Apa guna kau berpakaian, pakaian yang membanggakan sehingga ada yang menyanjungmu, tapi suruhan Allah Yang Satu tidak kau pedulikan? Apakah ini pengimpi Jannah yang sebenar- benarnya? Apakah ini cara seorang bakal da'ie yang benar- benar mahu menegakkan Agama Islam? Apakah ini manusia yang benar- benar mahu menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. ? Ramai yang anggap remeh perkara- perkara sebegini. Orang yang baru berkenalan di alam maya dalam jangka masa yang singkat pun, boleh jadi mangsa rogol dan seumpamanya, lagikan kamu yang terus- terusan melayan? Tak usah tepuk dada tanya iman! Ketuk hati pakai hammer terus kalau masih mahu menolak dan menafikan. Dan tak perlu rasanya bermanja dengan ajnabi kan? Tak perlu nak berlembut sangat dengan ajnabi sehinggakan si dia terpikat kan? Apa motif buat macam tu? Tapi kalau anggap macam hubungan antara abang dengan adik tak boleh ke? Tak salah kan? Hubungan adik beradik mestilah ada manjanya. Kalau cari adik angkat yang sama jantina tak boleh ke? Kenapa mesti lain jantina?! Yang sama jantina dengan hang dah pupus ke?! Berlambak aihh yang sama jantina tu, tak nak tegur. Tegur bila perlu! Ingat! Bila perlu! Kalau setakat nak sembang kosong, tanya tengah buat apa semua, rasanya tak perlu kut.


-Ana Assif Jiddan, jika ada yang makan hati berulam jantung kerana entry ini :zonked: Assalammualaikum.-





                 Tanya balik pada diri sendiri, selepas menonton video daripada MrTheAllShared ni.

                                                                                                                                          -INVI-

10 comments:

UP UP !