Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu (Al - Haya' )

Malu membawa maksud menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tercela, serta enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Apabila kamu tidak merasa malu, maka perbuatkanlah apa yang kamu kehendaki ." 

Seseorang itu akan merasa malu untuk melanggar segala perintah ALLAH s.w.t., malu kepada dirinya sendiri kerana melakukan kesilapan serta malu kepada orang lain kerana melanggar peraturan. Apabila sudah wujud rasa malu dalam diri, seseorang akan meninggalkan apa jua yang dilarang oleh ALLAH s.w.t.


Kucing hanya malu melakukan kejahatan di hadapan tuannya lantas timbul simpulan bahasa yg berbunyi MALU-MALU KUCING.Manusia harus sentiasa malu di hadapan TUHANNYA.

Maka, malu itu terbahagi kepada dua bahagian :Malu secara fitrah - sifat malu yang dikurniakan ALLAH s.w.t. kepada manusia, di mana manusia itu sendiri akan menjauhkan dirinya daripada melakukan segala kemaksiatan dan keburukan.Malu yang diusahakan - sifat malu yang dicapai melalui makrifat kepada ALLAH s.w.t. mengetahui dan menyedari akan keagunganNYA yang sememangnya Maha Mengetahui terhadap apa jua yang tersembunyi di dalam hati.

Agak malang jika manusia tidak mempunyai kedua-dua jenis sifat malu ini kerana jiwa yang kosong dengan sifat malu akan cenderung melakukan maksiat dan kemungkaran kepada ALLAH s.w.t. Ada sesetengahnya takut kepada hukuman tetapi masih tidak malu apabila melakukan kemungkaran.

Namun, haruslah diingat, malu yang bukan pada tempatnya amat tidak digalakkan dalam Islam. Contohnya malu untuk bertanya jika tidak tahu sesuatu perkara dan malu untuk mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara.



sekian~coretan buat semua juga diriku yang sering leka & alpa...

No comments:

Post a Comment

UP UP !