Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

About The Little Muslimah


KETIKA KITA MENYANGKA SEMUA JALAN SUDAH TERTUTUP, LALU ALLAH MENGINGINKAN KITA KEMBALI KEPADA- NYA DAN SEHINGGALAH KITA BENAR- BENAR MENGAKUI DIA ITU AL - WAKIL .

Pengenalan 

Assalamualaikum w.b.t Ya Ukhti Wa Akhi sekalian . Salam uhkuwah fillah . Blog ini ditubuhkan pada 26 October 2012 dengan niat kami hendak berdakwah kerana Allah Taala . Kami terdiri daripada tiga orang remaja iaitu Yaya, Invi dan Zahidah yang menetap di Johor, Malaysia. Tujuan kami menubuhkan blog dakwah ini supaya lebih ramai lagi khalifah di muka bumi ini sedar tentang apa itu ISLAM yang sebenarnya. Semakin maju sesuatu zaman, semakin singkat pemikiran kita. Sehinggakan yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan. Kami juga pernah begitu , kami juga pernah tersasar daripada landasan yang sebenar-benarnya. Harap kalian tidak condemn kami berdasarkan masa lalu kami. Kami hanya manusia yang sentiasa khilaf dan cuba untuk memperbaiki diri. Kami hanya pengimpi Jannah dan seorang pendosa. Ilmu kami tidaklah sehebat para Ustaz atau ustazah dan tidaklah pula secerdik guru-guru agama. Tetapi kami harap, apa yang kami cuba sampaikan dapat menyentuh qalbu kalian dan kembali ke jalan Allah. Kami mungkin bukan pendakwah yang hebat, tapi kami akan cuba untuk berdakwah dengan lebih baik lagi dengan berbekalkan secebis ilmu yang kami ada.

Rasulullah SAW bersabda:
                                      sampaikanlah dariku walaupun satu ayat

Cara Penulisan

Disini kami ingin menitikberatkan tentang cara penulisan kami . Disebabkan blog ini mempunyai tiga orang admin yang berbeza karakter, pandangan, penulisan dan cara jadi mungkin cara penulisan entry kami agak berbeza- beza. Ada di antara kami gemar menggunakan panggilan diri "ana , enta dan enti" dan juga "aku, kau, korang" dan juga " awak, saya dan anda" . Jadi kami harap pembaca dapat membiasakan dengan panggilan yang digunakan dalam entry ini . Dan , setiap penghabisan entry kami akan letakkan nama kami sebagai tanda pengenalan ? InshaAllah. Dan maafkan kami jika bahasa yang digunakan tidak terlalu menarik perhatian atau "bombastic". InshaAllah kami akan lebih memperbaiki cara penulisan kami.

Designing blog 

Disebabkan tajuk bagi blog ini agak comel , jadi designing blog ini pun agak comel . Bak kata salah seorang admin disini, " ini macam bukan blog dakwah tapi blog budak- budak biasa nak buat diary" dan saya sebagai peng-editor blog hanya ketawa sahaja mendengar. Setiap orang mempunyai pandangan masing- masing dan bagi saya jika saya hendak sesuatu informasi daripada sesuatu website, saya pasti akan tengok designing mereka , mungkin kalian boleh label saya sebagai 'cerewet' tetapi bagi saya kekemasan blog juga menitikberatkan sesuatu perkara, macam tulisan hendak membuat karangan. Tapi kalau ada yang tak kisah, tak mengapalah. Jadi yang pentingnya disini ialah "isi" yang kami hendak sampaikan. Gambar, doodles dan quotes disini bukan hak milik kami , tetapi kalau ianya hak milik kami, akan kami credited kepada kami :D 




Dan , sebelum itu . Ini ialah beberapa tips dari Hilal Asyraf . Syukran :) 



Siapakah Penulis Yang Baik?

Sebelum masuk tips, saya nak kongsi dulu siapakah penulis yang baik di mata saya. Ya, di mata saya. Mungkin ada sahaja definisi penulis yang baik orang lain pernah sebut. Tapi pada saya, penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya. Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Itu definisi Penulis Yang Baik di sisi saya.
Dan semestinya Penulis Yang Terbaik adalah yang mempunyai apa yang saya kata di atas, ditambah pula dia membawa pembaca-pembacanya kembali kepada Allah SWT.

Tips hendak ke arah menjadi Penulis Yang Terbaik
Maka, saya mempunyai tips untuk diri saya sendiri dalam bergerak ke arah menjadi Penulis Yang Terbaik. Ya, saya tak mahu terhenti sekadar menjadi Penulis Yang Baik. Saya nak yang terbaik yang saya cakap itu.

Ada 5 tips semuanya.

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT.

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu saya letakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.

“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki” Surah Al-Qasas ayat 56.


Tips 2: Kerendahan Hati.

Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya', ujub, takabbur.

Riya', ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Jika anda ingin menjadi Penulis Yang Terbaik.

“Sesiapa yang melakukan dosa, maka akan tumbuh pada hatinya satu bintik hitam, sekiranya dia bertaubat, maka akan terkikislah bintik hitam itu. Sekiranya dia tidak bertaubat, maka akan merebaklah bintik hitam itu sehingga seluruh hatinya menjadi hitam” Hadith riwayat Ibn Majah.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?


Tips 3: Dahagakan Ilmu.


Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai 'apa-apa' untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.


Tips 4: Disiplin


Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah


Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabial dia istiqomah. Bukannya keluar satu cerpen, rasa seronok, rasa best, kemudian tinggal. Bukannya keluar satu novel, rasa dah mencapai matlamat, kemudian tak mahu dah menulis. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Saya percaya, kebagusan penulisan terletak dalam tips ini
Jadi, macam mana nak menulis dengan baik? Ramai juga bertanya benda ini. Jawapan saya adalah, saya percaya bahawa, kebagusan penulisan kita terletak di dalam lima tips tadi.

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok, seterusnya dia tutup buku saya tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya. Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur. Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah. Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.

Sekian.

~ HilalAsyraf
http://langitilahi.com/

No comments:

Post a Comment

UP UP !