Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Ramadhan is Coming!!

Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim...Segala puji hanyalah untukNYA ,TUHAN semesta alam. Selawat dan salam dihulurkan buat junjungan Rasulullah s.a.w. tercinta. Betapa suci dan murninya perjuangan baginda dan para sahabat sehingga Islam akhirnya sampai kepada kita.Alhamdulillah..dan sebagai seorang umat kita mesti terus menyebarkan agama yang suci ini dan meneruskan perjuangan baginda..InsyaALLAH~

Salam Ramadhan buat semua pembaca
The Little Muslimah...

Alhamdulillah..sudah pun masuk hari pertama Ramadhan..lets refresh our memory a little bit about meaning of puasa ... ;)

Apakah maksud PUASA? Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yg membatalkan  puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari...
i'm sure many of us knows what's meaning of puasa,right?Alhamdulillah...

kite proceed... ;)Mukmin yang beriman sentiasa merindukan Ramadhan dan bergembira pabila Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan,kerahmatan tiba...
kita mestilah bersyukur kerana dipanjangkan usia hingga dapat bersua dengan Ramadhan kali ini.Alhamdulillah..sesungguhnya ALLAH telah memberikan kita peluang yg sangat bernilai di mana hingga kini DIA masih mengizinkan kita bersua dengan Ramadhan..so, manfaatkanlah peluang yg diberi di mana ia adalah sebuah nikmat..jalanilah Ramadhan kali ini dengan penuh keazaman,dengan khusyu',keikhlasan,kesabaran serta keimanan..
Rasulullah s.a.w bersabda,                                                                                   bermaksud: Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu..
  Rasulullah s.a.w bersabda,
bermaksud : apabila datangnya Ramadhan dibuka segala pintu-pintu Syurga, ditutup segala pintu-pintu Neraka dan diikat segala syaitan.
 Maka, pastinya ramai manusia berpusu-pusu nak kumpul amalan banyak-banyak dalam Bulan mulia ini..pergi solat tarawih,bersedekah,pergi masjid dan macam-macam lagilah..
tapi ingat! jangan hanya sekadar dipermulaan puasa je,hari-hari seterusnya kita dah sibukkan diri dgn hal keduniaan pulak..Allah...DON'T BE LIKE THAT!

Sebab itu, sebelum kite berpuasa ni, kite kena tetapkan matlamat dalam diri kita,tetapkan hati kita,apa sebenarnya misi kite dalam bulan Ramadhan ni..nak apa? untuk apa? kenapa? supaya tak jadi macam tulah..kerana setiap perlakuan mestilah disertai dengan niat, Lillaahitaala..



Bulan Ramadhan itu awalnya Rahmat,pertengahannya Keampunan,dan pengakhirnya adalah Kemerdekaan..

Sabda Rasulullah s.a.w ,bermaksud : Awalnya (Bulan Ramadhan) adalah rahmat,pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan.Dan sesungguhnya ALLAH s.w.t. melihat (dengan pandangan rahmatNYA) kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan tersebut, dan siapa yang mendapat pandangan ALLAH s.w.t. nescaya ia tidak akan diseksanya,seterusnya DIA mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan. (Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Baihaqi)
Allahuakbar!! nampak tak,betapa kasihnya ALLAH s.w.t kat hambaNYA..dalam bulan Ramadhan je, kite dapat advantage ni taw! tapi kalau dapat semua tu, kite kenalah usaha dan ikhtiar untuk buat banyak amalan wajib,sunat,qiam setiap hari dan sebagainya... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. grin

Fasa-fasa ramadhan, Fasa pertama,10 malam pertama Ramadhan,fasa rahmat.Fasa kedua,10 malam kedua(pertengahan),Fasa Maghfirah (Pengampunan). Fasa Ketiga, 10 malam terakhir, fasa pembebasan dari api neraka...

Ye...10 malam terakhir Ramadhan adalah di mana ALLAH s.w.t menjanjikan keampunan kepada hamba-hambaNYA yang melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan . dan oleh sebab itulah, adanya malam LailatulQadar, malam yang paling istimewa!



Rebutlah peluang yang diberikan ini, tanamkan semangat Jihad dalam diri..jangan padamkannya! usahakan diri sendiri untuk kumpul banyak amalan,pahala.bukan kumpul alasan,sibuk kerja,sibuk buat baju raya,sibuk buat kuih rayalah , macam-macam lagilah..kita nk dptkan keberkatan Ramadhan ni,tak perlula alasan tu semua.. 
NO MORE EXCUSE!!Hendak seribu Daya, tak hendak Seribu Dalih..
jangan cakap ikut hasutan syaitan ea,syaitan dah kena ikat dah..yg hasut tu nafsu kita sendiri! nafsu tulah salah satu cabaran utama kita dalam menempuhi Ramadhan..Ingat ALLAH, pasti nafsu KALAH! 

#fighting for Ramadhan! pastikan checklist Ramadhan kite tu,kita buat..InsyaALLAH ramadhan kite akan menjadi lebih baik..aamiin~ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK..

waallahualam..InsyaALLAH,if there is no objection, The Little Muslimah will update post that related with Ramadhan again..InsyaALLAH~















SEGMENT ; WHAT IS HIJAB TO ME ?

kalau nak share gambar ini, sila letak link blog kami juga iaitu  http://kembarakhalifahallah.blogspot.com/ dan kalau nak save gambar dan promote segment ini sila gunakan gambar ini. Link gambar ( LINK

Allah Ta'ala says: "And tell the believing women to lower their gaze and guard their private parts from sin and not show of their adornment except only that which is apparent, and draw their headcovers over their necks and bosoms and not reveal their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women (i.e., their sisters in Islam), or their female slaves whom their right hands possess, or old male servants free of physical desires, or small children who have no sense of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah altogether, O you Believers, in order that you may attain success.[An-Nur, 24:31]

Bismillahiramanirahim.

Assalamualaikum.

Alhamdullilah akhirnya dapat update semula. Maaf kerana sudah lama tidak update, kami buzy dengan sekolah. Tanpa membuang masa, kita terus kepada agenda.

“ WHAT IS HIJAB TO ME ? “

Tajuk soalan tu, senang sahaja kan nak jawab? Kalau karangan bahasa inggeris diberi ini, InshaAllah boleh dapat jawablah. Sebenarnya memang sudah lama bercadang nak buat segment ini tetapi masalahnya tiada masa. Jadi untuk masa  cuti ni kami buatlah segment ini.

“WHAT IS HIJAB TO ME?” cuba ulang soalan ini banyak kali dalam otak, apa Hijab bagi kita? Apa Hijab kepada kita? Apa kegunaan Hijab kepada kita? Selain daripada tuntutan Islam yang menyuruh, selain itu? Pernah terfikir tak SELAIN kenapa Islam menyuruh kita memakai Hijab, apa SEBAB LAIN kita memakainya? Have you guys ever think about that? Inspirasi ini dapat bila ada orang tweet “apa itu hijab bagi korang?” and I got a lot of things to say about what is hijab to me. Sangat banyak sampai kalau nak tulis tu macam penat sahaja tangan(malas!) ataupun maybe tak dapat nak ditafsirkan through writing and just through talk(?) Jadi disini, segment ini kami mengajak kepada si pemakai hijab dan juga si penglihat pemakai hijab memberi pendapat tentang “WHAT IS HIJAB TO ME?” . Dan kami tahu mungkin kebanyakan pendapat korang akan sama tetapi itu tidak mengapa, kami terima semua pendapat. Apa – apa sahaja pendapat yang korang ingin katakan, kami terima. Sama ada dari segi positive atau negative (maybe negative tu tak ada kot) atau senang cerita apa – apa sahaja! Apa yang anda ingin katakan tentang Hijab? Sila beri kami pendapat anda itu .

Jadi disini peraturannya(WAJIB BACA KESEMUANYA DENGAN BETUL)

1)  SEGMENT INI TERBUKA KEPADA SEMUA MANUSIA YANG INGIN JOIN SEGMENT INI. SAMA ADA ANDA SEORANG PEREMPUAN ATAU LELAKI ATAU ANDA SEORANG NON – ISLAM, IANYA TERBUKA KEPADA SESIAPA. Kami beri peluang kepada Lelaki dan Non-Islam sebab kami rasa mungkin mereka ada pendapat mereka sendiri tentang kita(si pemakai Hijab) , jadi sebarkanlah juga kepada LELAKI DAN NON-MUSLIM! ITS FOR ALL!

2) SEGMENT INI AKAN BERLANGSUNG SELAMA 1 BULAN DIMANA IANYA AKAN BERMULA PADA 00:00 25 MAY 2013 DAN BERAKHIR PADA 11:59 28 JUN 2013.

3) BAHASA YANG DIGUNAKAN HANYALAH BAHASA MELAYU DAN INGGERIS. MOHON JANGAN GUNA SELAIN DARI DUA BAHASA ITU KERANA KAMI HANYA FAHAM DUA BAHASA ITU SAHAJA. KALAU NAK GUNA BAHASA ROJAK PUN BOLEH. ITS UP TO YOU! ITS YOUR THOUGHTS!

4) Okey jadi disini kami rasa specialitinya segment ini (MWAHAHAHA Ketawa jahat) . Anda boleh beri pendapat anda melalui social network yang berikut ;

- BLOGGER ( Anda boleh menulis satu post tentang ini dengan tajuk “WHAT IS HIJAB TO ME?” . BERI LINK ENTRY ANDA DENGAN COMMENT DI POST INI. Dengan menggunakan kreativiti anda, sukahatilah nak tulis cara macam mana, nak letak gambar itu ini dan kalau nak buat karangan pun boleh. Kalau nak buat cerita pun boleh. We don’t care! IT YOUR OWN CREATIVITY!)

-TUMBLR ( Sama juga seperti Blogger, apa sahaja yang anda ingin ekspreskan, sila ekspreskan. Kalau anda tidak ada blogger, anda boleh gunakan tumblr. Kalau nak buat menggunakan dua – dua pun boleh. BERI LINK ENTRY ANDA DENGAN COMMENT DI POST INI ATAU JUGA BOLEH TAGGED #TLMWIHTM )

-FACEBOOK( Anda juga boleh menggunakan facebook kalau anda tiada 2 account di atas. Anda boleh tulis apa sahaja sepanjang mungkin yang anda nak dan beri link(comment di post ini) atau anda boleh tag one of the admin here ( DIYANA ASHARI & NOR ZAHIDAH, link ada di ABOUT ME) )

- TWITTER ( Anda juga boleh menggunakan twitter! Kami tak kisah berapa banyak anda nak tweet pasal “WHAT IS HIJAB TO ME” tetapi pastikan anda menggunakan hashtag ini #TLMWIHTM . Panjangkan ? Ingatkan nak tulis #TLM sahaja tetapi disebabkan ada hashtag lain yang sama jadi kami terpaksa menggunakan itu. Jadi setiap kali anda nak tweet pasal “WHAT IS HIJAB TO ME” PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN HASHTAG #TLMWIHTM kalau tidak kami tidak akan tahu . )

- INSTAGRAM ( Okey mungkin ada diantara korang yang nak buat beza dari yang lain jadi kami memberi pilihan kepada anda, si penggemar amik gambar untuk ekspreskan pendapat anda menggunakan Instagram! Anda boleh amik gambar atau post any gambar whatever  we don’t care as long ianya berkaitan dengan segment lah of course. Anda boleh tag saya @diyanashari atau sama juga seperti twitter dengan menggunakan hashtag #TLMWIHTM di caption anda. JANGAN LUPA TAG SAYA @diyanashari OR USE THE HASHTAG KALAU TIDAK KAMI TIDAK AKAN TAHU ! )

- YOUTUBE @KEEK( Okey kami tahu yang korang ada banyak cara nak buat and maybe korang nak buat video? I don’t know but anda juga boleh menggunakan Youtube atau Keek! Anda boleh buat macam short story or webcam sendiri ke (cara korang!) dan kemudian beri link itu(comment di post ini) . Maybe ini payah sikit jadi kami tak berapa nak galakkan but if you guys still want, boleh aje! 5 STAR FOR YOU!  )

5) ANDA BOLEH MENGGUNAKAN SEMUA SOCIAL NETWORK DIATAS UNTUK MEMBERI PENDAPAT ANDA. DAN SILA GUNAKAN TAJUK “WHAT IS HIJAB TO ME” SEBAGAI TAJUK BESAR (semua social network yang anda gunakan, permulaan ayat silat letak “WHAT IS HIJAB TO ME”)

6) KAMI JUGA MENGGALAKKAN ANDA FOLLOW BLOG INI UNTUK INFORMASI SEMASA .DAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN BLOGGER DAN TUMBLR SILA LETAK GAMBAR SEGMENT (LINK) INI .
Alhamdullilah selesai. Okey payah tak peraturannya? Kalau berbelit tu minta maaflah, sila tanya kalau tak faham. Maaf kerana kami tiada OFFICIAL PAGE FACEBOOK & TWITTER jadi anda terpaksa tag admin. Sama ada ingin add atau follow kami itu sukahati anda, kami tidak kisah. Itu hak korang.

Sebelum ada yang tanya, selepas 28 JUNE 2013 kami akan list out link korang disini supaya yang lain boleh dapat baca dan tengok pendapat korang. Kami juga akan mengambil isi  yang mostly pendapat mereka adalah sama dan letak disini dan kalau ada ayat – ayat yang kami rasa perlu di sharekan, kami akan share dan credit kepada hak pemilik. Jangan risau, admin – admin juga akan memberi pendapat mereka tentang ini . Kami akan buat one special post from us! Hehe jadi tak mengelat lah ni .

JADI KAMI DISINI JUGA INGIN MEMINTA TOLONG KEPADA  ANDA SEMUA UNTUK PROMOTE/SHARE SEGMENT INI KEPADA YANG LAIN. BIAR RAMAI – RAMAI JOIN SUPAYA KITA DAPAT TAHU PENDAPAT – PENDAPAT MEREKA. SEMOGA SEGMENT INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN ANDA BERI KERJASAMA KEPADA KAMI (hekeleh, kerajasama apa bendanya? Mwehe.) Jadi itu sahaja, SILA SEBAR!

Assalamualaikum, adios.

THE LITTLE MUSLIMAH . 


Gambaran hari kiamat menurut Islam.



Assalamualaikum! 

Apa khabar semua? Alhamdullilah kami sekalian sihat syukur Alhamdullilah. Sudah lama kami tidak update, kami mohon maaf atas itu. Sangat buzy dengan sekolah dan sudah lost Idea nak update apa. Assif jiddan . Disini saya ingin post kan tentang " Gambaran hari kiamat menurut Islam " . Seorang sahabat saya tag pada saya gambaran kiamat ini, Ya Allah! MashaAllah! Allahuakbar! Hanya itu sahaja yang mampu ucap time baca, air mata mengalir ketakutan, MashaAllah....golongan manakah kita nanti ? Adakah mampu diraih syurga itu? Macam mana kalau lepas ini aku mati? Amal aku tak banyak... Ya Allah, soalan - soalan itu sahaja yang mampu disoal pada diri. Jawapan ? Haaaaa lu amik kapak lu ketuk hati lu then lu dapat jawapan lah ! Marilah amik iktibar dari gambaran ini. Semoga kita bersama - sama dengan orang yang beriman .. 



Gambaran hari kiamat menurut Islam.
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi 

DIERMONDING-DA

InshaAllah nanti nak buat segmen yang tajuknya " WHAT IS HIJAB TO YOU ? " . Tapi tak sempat, later I will post about it. Assalamualaikum! Adios. 

WORLD HIJAB DAY . SPREAD SPREAD SPREAD .


WORLD HIJAB DAY ON FEBRUARY 1ST , 2013 

Assalamualaikum w.b.t . 

Aduhai sudah berhabuk blog kami ini , *amik bulu ayam* *bersihkan* WALAH ! Dah , tak berhabuk dah kan ? Lawah tak lawah tak ? Hehe . Iyup saya sudah tukar header dan background, well we've been using that theme for a long time so i decide to change it . Okey , malas nak berpanjang lebar here . Hope you can spread it all over the world . 

So i found this when i scroll my TL Twitter then i think this is something i need to spread . Here is their twitter +StunningHijab.com @StunningHijab(twitter) https://www.facebook.com/WorldHijabDay(Facebook) if you want to know more information about it . So this WORLD HIJAB DAY not only for those muslims but also for non-muslims. How great is that ? Now everybody will know the feeling wearing Hijab. 

If some of you doesnt know what is Hijab , here it is i googled it ; 


Definition: Hijab is the general term for Muslim women covering up according to Islamic law, and varies from culture to country with the headscarf to the all-encompassing burqa. Most Muslim scholars set puberty as the general age for Muslim girls to start wearing the hijab. The purpose of the hijab is to meet Islamic standards of modesty.

Hijab ni definisi dia luas actually but for me , hijab is a piece of cloth  that cover your head and hair from being see by non-muhrim but hijab is not only covering your head/hair but also fully covered your aurah . Most people selalu salah anggap, hijab ni setakat tutup rambut korang je , no no hijab ni tutup sepenuhnya termasuk dada korang. I see a lot of teenage girls nowaday wear their hijab but they dont cover their chest . Aku dulu pun macam tu juga tapi lepas tahu definisi sebenar Hijab, i change . I really want to know why those girls pakai hijab tak tutup dada . Nak tunjuk besar dada ke ? Maaflah kalau bunyi kasar but seriously dude ?  Jangan salah anggap definisi memakai hijab hanya menutuk rambut dari dilihat non-muhrim , tidak . salah tu . Fully cover it up . Okey ? And hijab also a shield . A shield yang melindungi kita dari dibaham harimau manusia , yang menahan kepala kita daripada kepanasan matahari . Yes, hijab is a shield . It doesnt matter how you define hijab as a shield , but the matter right now is you know , hijab is A SHIELD . 


"When a woman chooses to be covered
this doesn't mean that she knows nothing about fashion 
But she knows: where, when, and for whom to wear it."- Stunning Hijab
 And another one when they wear hijab , ada pula yang nak letak bonggol unta kat kepala tu . Aduhai apa ni ? Serius serius ? Kelakar dhoe . I dont know but it is tottaly hilarious to see someone wearing hijab and suddenly ada unta dekat kepala dia . Kalau dekat sekolah , puan pengetua or gpk hem akan tarik budak yang pakai unta tinggi tinggi . Tolonglah ye, tak boleh tau ? Jangalah nak pakai unta semua ni . Tak boleh . Senang cerita , Haram . 


"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]  
And hijab also for me is something that shows who you are , who are you . Well yeah there's a saying " Dont judge a book by its cover " but seriously , if you look at someone you will look at their appearance first right ? Unless pakaian dia memang hmph so kita judge dia dengan attitude dia terus . But yes , hijab also memainkan peranan siapa diri kita . Macam mana attitude kita , macam mana kita interact with everybody , macam mana kita macam mana kita bla bla bla ... faham ? So jangan ingat kau pakai hijab hanya sebab tuntutan well itu memang wajib pun but also remember kau pakai hijab , dia mencerminkan diri kau . Ada faham ? *pegang kapak* 

credited to Stunning Hijab


Jadi , hope you guys can spread this news to everybody . SPREAD IT EVERYWHERE . WHETHER YOU'RE A MUSLIM OR NON MUSLIMS and if there are NON - MULIMS ask about this , mohon terangkan dengan betul . Betapa sejuknya bila memakai hijab ni dan lagi - lagi bila tutup dengan sempurna . So maaf atas kata kasar , dan typo dan segalanya . 

Assalamualaikum , adios . 



" Yes, we wear Head Tents " 

credited to Wehearitit.com

"DA-THE ROCK DIERMONDING :D" 


UP UP !