Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

SEGMENT ; WHAT IS HIJAB TO ME ?

kalau nak share gambar ini, sila letak link blog kami juga iaitu  http://kembarakhalifahallah.blogspot.com/ dan kalau nak save gambar dan promote segment ini sila gunakan gambar ini. Link gambar ( LINK

Allah Ta'ala says: "And tell the believing women to lower their gaze and guard their private parts from sin and not show of their adornment except only that which is apparent, and draw their headcovers over their necks and bosoms and not reveal their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women (i.e., their sisters in Islam), or their female slaves whom their right hands possess, or old male servants free of physical desires, or small children who have no sense of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah altogether, O you Believers, in order that you may attain success.[An-Nur, 24:31]

Bismillahiramanirahim.

Assalamualaikum.

Alhamdullilah akhirnya dapat update semula. Maaf kerana sudah lama tidak update, kami buzy dengan sekolah. Tanpa membuang masa, kita terus kepada agenda.

“ WHAT IS HIJAB TO ME ? “

Tajuk soalan tu, senang sahaja kan nak jawab? Kalau karangan bahasa inggeris diberi ini, InshaAllah boleh dapat jawablah. Sebenarnya memang sudah lama bercadang nak buat segment ini tetapi masalahnya tiada masa. Jadi untuk masa  cuti ni kami buatlah segment ini.

“WHAT IS HIJAB TO ME?” cuba ulang soalan ini banyak kali dalam otak, apa Hijab bagi kita? Apa Hijab kepada kita? Apa kegunaan Hijab kepada kita? Selain daripada tuntutan Islam yang menyuruh, selain itu? Pernah terfikir tak SELAIN kenapa Islam menyuruh kita memakai Hijab, apa SEBAB LAIN kita memakainya? Have you guys ever think about that? Inspirasi ini dapat bila ada orang tweet “apa itu hijab bagi korang?” and I got a lot of things to say about what is hijab to me. Sangat banyak sampai kalau nak tulis tu macam penat sahaja tangan(malas!) ataupun maybe tak dapat nak ditafsirkan through writing and just through talk(?) Jadi disini, segment ini kami mengajak kepada si pemakai hijab dan juga si penglihat pemakai hijab memberi pendapat tentang “WHAT IS HIJAB TO ME?” . Dan kami tahu mungkin kebanyakan pendapat korang akan sama tetapi itu tidak mengapa, kami terima semua pendapat. Apa – apa sahaja pendapat yang korang ingin katakan, kami terima. Sama ada dari segi positive atau negative (maybe negative tu tak ada kot) atau senang cerita apa – apa sahaja! Apa yang anda ingin katakan tentang Hijab? Sila beri kami pendapat anda itu .

Jadi disini peraturannya(WAJIB BACA KESEMUANYA DENGAN BETUL)

1)  SEGMENT INI TERBUKA KEPADA SEMUA MANUSIA YANG INGIN JOIN SEGMENT INI. SAMA ADA ANDA SEORANG PEREMPUAN ATAU LELAKI ATAU ANDA SEORANG NON – ISLAM, IANYA TERBUKA KEPADA SESIAPA. Kami beri peluang kepada Lelaki dan Non-Islam sebab kami rasa mungkin mereka ada pendapat mereka sendiri tentang kita(si pemakai Hijab) , jadi sebarkanlah juga kepada LELAKI DAN NON-MUSLIM! ITS FOR ALL!

2) SEGMENT INI AKAN BERLANGSUNG SELAMA 1 BULAN DIMANA IANYA AKAN BERMULA PADA 00:00 25 MAY 2013 DAN BERAKHIR PADA 11:59 28 JUN 2013.

3) BAHASA YANG DIGUNAKAN HANYALAH BAHASA MELAYU DAN INGGERIS. MOHON JANGAN GUNA SELAIN DARI DUA BAHASA ITU KERANA KAMI HANYA FAHAM DUA BAHASA ITU SAHAJA. KALAU NAK GUNA BAHASA ROJAK PUN BOLEH. ITS UP TO YOU! ITS YOUR THOUGHTS!

4) Okey jadi disini kami rasa specialitinya segment ini (MWAHAHAHA Ketawa jahat) . Anda boleh beri pendapat anda melalui social network yang berikut ;

- BLOGGER ( Anda boleh menulis satu post tentang ini dengan tajuk “WHAT IS HIJAB TO ME?” . BERI LINK ENTRY ANDA DENGAN COMMENT DI POST INI. Dengan menggunakan kreativiti anda, sukahatilah nak tulis cara macam mana, nak letak gambar itu ini dan kalau nak buat karangan pun boleh. Kalau nak buat cerita pun boleh. We don’t care! IT YOUR OWN CREATIVITY!)

-TUMBLR ( Sama juga seperti Blogger, apa sahaja yang anda ingin ekspreskan, sila ekspreskan. Kalau anda tidak ada blogger, anda boleh gunakan tumblr. Kalau nak buat menggunakan dua – dua pun boleh. BERI LINK ENTRY ANDA DENGAN COMMENT DI POST INI ATAU JUGA BOLEH TAGGED #TLMWIHTM )

-FACEBOOK( Anda juga boleh menggunakan facebook kalau anda tiada 2 account di atas. Anda boleh tulis apa sahaja sepanjang mungkin yang anda nak dan beri link(comment di post ini) atau anda boleh tag one of the admin here ( DIYANA ASHARI & NOR ZAHIDAH, link ada di ABOUT ME) )

- TWITTER ( Anda juga boleh menggunakan twitter! Kami tak kisah berapa banyak anda nak tweet pasal “WHAT IS HIJAB TO ME” tetapi pastikan anda menggunakan hashtag ini #TLMWIHTM . Panjangkan ? Ingatkan nak tulis #TLM sahaja tetapi disebabkan ada hashtag lain yang sama jadi kami terpaksa menggunakan itu. Jadi setiap kali anda nak tweet pasal “WHAT IS HIJAB TO ME” PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN HASHTAG #TLMWIHTM kalau tidak kami tidak akan tahu . )

- INSTAGRAM ( Okey mungkin ada diantara korang yang nak buat beza dari yang lain jadi kami memberi pilihan kepada anda, si penggemar amik gambar untuk ekspreskan pendapat anda menggunakan Instagram! Anda boleh amik gambar atau post any gambar whatever  we don’t care as long ianya berkaitan dengan segment lah of course. Anda boleh tag saya @diyanashari atau sama juga seperti twitter dengan menggunakan hashtag #TLMWIHTM di caption anda. JANGAN LUPA TAG SAYA @diyanashari OR USE THE HASHTAG KALAU TIDAK KAMI TIDAK AKAN TAHU ! )

- YOUTUBE @KEEK( Okey kami tahu yang korang ada banyak cara nak buat and maybe korang nak buat video? I don’t know but anda juga boleh menggunakan Youtube atau Keek! Anda boleh buat macam short story or webcam sendiri ke (cara korang!) dan kemudian beri link itu(comment di post ini) . Maybe ini payah sikit jadi kami tak berapa nak galakkan but if you guys still want, boleh aje! 5 STAR FOR YOU!  )

5) ANDA BOLEH MENGGUNAKAN SEMUA SOCIAL NETWORK DIATAS UNTUK MEMBERI PENDAPAT ANDA. DAN SILA GUNAKAN TAJUK “WHAT IS HIJAB TO ME” SEBAGAI TAJUK BESAR (semua social network yang anda gunakan, permulaan ayat silat letak “WHAT IS HIJAB TO ME”)

6) KAMI JUGA MENGGALAKKAN ANDA FOLLOW BLOG INI UNTUK INFORMASI SEMASA .DAN JIKA ANDA MENGGUNAKAN BLOGGER DAN TUMBLR SILA LETAK GAMBAR SEGMENT (LINK) INI .
Alhamdullilah selesai. Okey payah tak peraturannya? Kalau berbelit tu minta maaflah, sila tanya kalau tak faham. Maaf kerana kami tiada OFFICIAL PAGE FACEBOOK & TWITTER jadi anda terpaksa tag admin. Sama ada ingin add atau follow kami itu sukahati anda, kami tidak kisah. Itu hak korang.

Sebelum ada yang tanya, selepas 28 JUNE 2013 kami akan list out link korang disini supaya yang lain boleh dapat baca dan tengok pendapat korang. Kami juga akan mengambil isi  yang mostly pendapat mereka adalah sama dan letak disini dan kalau ada ayat – ayat yang kami rasa perlu di sharekan, kami akan share dan credit kepada hak pemilik. Jangan risau, admin – admin juga akan memberi pendapat mereka tentang ini . Kami akan buat one special post from us! Hehe jadi tak mengelat lah ni .

JADI KAMI DISINI JUGA INGIN MEMINTA TOLONG KEPADA  ANDA SEMUA UNTUK PROMOTE/SHARE SEGMENT INI KEPADA YANG LAIN. BIAR RAMAI – RAMAI JOIN SUPAYA KITA DAPAT TAHU PENDAPAT – PENDAPAT MEREKA. SEMOGA SEGMENT INI BERJALAN DENGAN LANCAR DAN ANDA BERI KERJASAMA KEPADA KAMI (hekeleh, kerajasama apa bendanya? Mwehe.) Jadi itu sahaja, SILA SEBAR!

Assalamualaikum, adios.

THE LITTLE MUSLIMAH . 


No comments:

Post a Comment

UP UP !