Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu (Al - Haya' )

Malu membawa maksud menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tercela, serta enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan.



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Apabila kamu tidak merasa malu, maka perbuatkanlah apa yang kamu kehendaki ." 

Seseorang itu akan merasa malu untuk melanggar segala perintah ALLAH s.w.t., malu kepada dirinya sendiri kerana melakukan kesilapan serta malu kepada orang lain kerana melanggar peraturan. Apabila sudah wujud rasa malu dalam diri, seseorang akan meninggalkan apa jua yang dilarang oleh ALLAH s.w.t.


Kucing hanya malu melakukan kejahatan di hadapan tuannya lantas timbul simpulan bahasa yg berbunyi MALU-MALU KUCING.Manusia harus sentiasa malu di hadapan TUHANNYA.

Maka, malu itu terbahagi kepada dua bahagian :Malu secara fitrah - sifat malu yang dikurniakan ALLAH s.w.t. kepada manusia, di mana manusia itu sendiri akan menjauhkan dirinya daripada melakukan segala kemaksiatan dan keburukan.Malu yang diusahakan - sifat malu yang dicapai melalui makrifat kepada ALLAH s.w.t. mengetahui dan menyedari akan keagunganNYA yang sememangnya Maha Mengetahui terhadap apa jua yang tersembunyi di dalam hati.

Agak malang jika manusia tidak mempunyai kedua-dua jenis sifat malu ini kerana jiwa yang kosong dengan sifat malu akan cenderung melakukan maksiat dan kemungkaran kepada ALLAH s.w.t. Ada sesetengahnya takut kepada hukuman tetapi masih tidak malu apabila melakukan kemungkaran.

Namun, haruslah diingat, malu yang bukan pada tempatnya amat tidak digalakkan dalam Islam. Contohnya malu untuk bertanya jika tidak tahu sesuatu perkara dan malu untuk mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara.



sekian~coretan buat semua juga diriku yang sering leka & alpa...

Mati



                  Assalammualaikum insan- insan yang bakal di soal Malaikat Mungkar dan Nangkir. Insan- insan yang bakal merasai mati yang teramat pedih seperti tiga ratus kali tetakan pedang. Insan- insan yang bakal merasai kiamat dan kemusnahan dunia, juga insan- insan yang bakal mungkin akan merasa terganggu dengan tipu daya serta fitnah Dajjal yang akan muncul kelak. Dan Insan- insan yang bakal melalui titian Sirattul mustaqim yang mana bukan mudah untuk dilalui. Gentar?  Atau ada yang sembunyi bawah selimut kerna takut nyawa dicabut oleh Malaikat Izrail?


Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). [Al- An'am: 61]


                 Kau akan mati begitu juga aku. Tanpa pengetahuan nyawa diambil sekelip mata. Apa pada saat itu, aku dalam keadaan beriman atau dalam keadaan jijik penuh dosa kerna perbuatanku di dunia atau aku sedang terseksa kerana kata nistaku? Atau aku sedang diseksa kerana kegagalanku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam di dunia? Apa ada yang sudi menyedekahkan Al-Fatihah untukku? Apa ada yang mengingatiku yang ditinggalkan sendirian? Apa ada yang mahu membantuku dengan surah Yaasin ? Atau aku hanya diingati di benak manusia hanya untuk beberapa detik dan kemudiannya hilang seperti buih-buih yang dipukul ombak? Persoalan yang tak terungkap. Persoalan tanpa jawapan. Aku tak mampu menjangkakan masa hadapan. Ya, aku memang gentar, kerna amalanku tak seberapa. Dosaku menggunung! Ya, aku memang gentar tatkala terbaca tanda-tanda kematian, aku memang gentar tatkala terlihat video-video yang berkaitan dengan alam barzakh.. Mengapa perasaan gentar ini hanya sementara, seperti dibawa angin yang sentiasa bergerak tanpa henti? Aku mahu perasaan itu sentiasa menyelinap di qalbu ku.


                Hidup penuh dengan dusta, dunia penuh dengan penipuan, Manusia bermacam ragam, buatku terleka dengan dunia yang sementara. Terlalu seronok menikmati kehidupan di dunia sehinggakan terlupa malaikat sering mencatit, Allah sering memerhati. Terlalu lalai dengan dunia yang sementara sehinggakan terlupa ajal bakal menjemputku bila-bila masa. Kun Faya Kun! Dengan izin Allah apa pun boleh terjadi.  Hidup penuh dengan soal hati sehingga kurangnya soal mati. Terlalu sibuk mengejar harta dan wang ringgit! Terlalu sibuk mencari wanita dan jejaka idaman! Tanpa secebis ingatan pun terhadap Pencipta. Adakah manusia ini merupakan salah seorang yang bakal memenuhi Neraka-Mu ?



(Credit)


                  Ya! aku takut mati! Kerna aku bukan orang yang beriman. Aku juga takut sekiranya hatiku mati tanpa cahayaNya. Aku takut sekiranya selama ini aku hidup, tetapi sebenarnya aku mati! Hati aku mati tanpa puji-pujian kepada Yang Maha Esa, tanpa amal dan ibadah yang sepatutnya aku lakukan untuk bekalan di akhirat. Terlalu sombong dan bongkak untuk sujud padaMu Ya Rabb.. Terlalu yakin seperti nyawaku akan dipanjangkan untuk seribu tahun lagi. Sedangkan ayat-ayatMu terbukti benar di dalam Al-Quran. Adakah diri ini antara manusia yang bakal menghuni neraka Hawiyah, Jahim, Saqru, Hathamah, atau neraka Jahannam yang telah diciptakan olehMu untuk orang-orang seperti aku? Terlalu banyak khilaf yang dilakukan. Dalam kesenangan hidup yang sementara, membuatkan diri ini terlupa Neraka sedang memanggilku. mati semakin mengejariku. Hari Pembalasan semakin menghampiriku. Dunia membutakan mata. Kesenangan membutakan hati. Dosa mengotori jiwa. Tanya semula pada diri sendiri, diri inikah yang sering melakukan khilaf di dunia? Diri inikah yang bakal menghuni neraka yang tidak terperi azabnya?



                 Aku tak mampu membayangkan sakitnya mati. Aku tak mampu membayangkan bagaimana nyawaku dipisahkan dari jasadku. Pedih. Teramat pedih. Adakah aku bersedia untuk berhadapan dengan Malaikat Maut? Tidak. Aku tidak bersedia. Aku tidak bersedia untuk merelakan diri ini merasa kesakitan mati. Aku tidak bersedia untuk pergi bersama titik- titik hitam di hati. Aku tidak bersedia untuk pergi dengan diri yang hina ini. Tapi kenapa aku masih bisa menjalani hidup dengan penuh tawa dan kegembiraan? Tanpa perasaan gentar pada Pencipta.


                  Rasulullah S.A.W. mengingatkan tentang mati dan seksaannya, maka sabda Baginda: "Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [Ali Imran: 185]

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? [An- Nisaa: 78]

Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). [Al- An'am: 2]


Credit

Pada saat kau sedang tertawa, terleka dengan nikmat dunia, ada yang sering mencatit apa yang kau perbuat di dunia yang sementara ini. Kau tak akan mampu menyembunyikan diri walau di mana- mana kerna DIA Maha Melihat. Tiada yang mampu menandingi kekuasaan-Nya. Apa kau masih mahu terus dibuai kenikmatan dan godaan kemewahan dunia? Silakan jika kau mampu menahan azab-Nya. Silakan, jika kau mampu menahan pedih ketika nyawa dan jasad kau dipisahkan. Silakan, jika kau yakin kau ialah penghuni Jannah dan bukannya Jahannam!


                                                                                                                                                                                -INVI-                                                                                                                                                                   
                                       

Pemaaf Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum~ 
..سم الله الرحمن الرحيم.


Pada satu ketika dalam satu peperangan, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bernama Da'tsur menghunus pedangnya kepada Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk berteduh di bawah pokok.

Da'tsur bertanya kepada Nabi,"Siapakah yang dapat melepaskanmu daripadaku?"

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab,"ALLAH."Ketika itu , jatuhlah pedang yang dihunus oleh Da'tsur, lalu diambil oleh Nabi dan bertanya kepadanya , "Siapakah yang dapat melepaskanmu   daripadaku?"

Da'tsur menjawab,"Tiada."
Lalu Nabi memberi maaf kepada lelaki itu dan kerana murninya hati Rasulullah s.a.w. itu, Da'tsur mengucapkan dua kalimah syahadah dan mengajak kaumnya memeluk agama Islam.




The Moral of the story is....

Sedangkan Nabi bersikap pemaaf, inikan pula kita sebagai manusia biasa.Orang yang mempunyai sifat
pendendam tidak menguntungkan diri mereka sendiri tapi hanya membawa kerugian.Masyarakat akan membencinya dan ALLAH akan murka terhadapnya.Pergaulannya dengan orang lain juga bertambah sempit
. Orang yang suka memaafkan orang lain, termasuk dalam golongan orang yang suka berbuat kebajikan..


Marah akan membawa kepada dendam yang mengakibatkan kebinasaan


sekian~coretan buat semua juga diriku yang sering leka & alpa...




An Updated .



Assalamualaikum w.b.t .

Alhamdullilah , sehingga kini kita masih bernafas dan hidup diatas muka bumi yang SubhanAllah cantiknya tiada tandingan. Ciptaan Allah memang sangat hebat bukan ? Alhamdullilah . Ini hanyalah reminder atau information . Assif jiddan kami sudah lama tidak update blog ini . Kami agak sibuk dan sekolah semakin  menghampiri . One of our writer, tak boleh nak online kerana laptopnya tiada dan saya pula masih bingung nak bawa tajuk apa di sini dan seorang lagi sibuk dan sedang cuba untuk menguruskan masanya. Alhamdullilah, keputusan PMR kami semuanya baik- baik sekali . Jika ada rezeki, mungkin kami akan ke asrama penuh. Alhamdullilah yang teramat tapi mungkin time tu agak susah kami hendak update . 

InsyaAllah kalau ada masa kami akan update tapi disebabkan sekolah akan bermula next week, mungkin memakan masa . Syukran kepada mereka yang membaca blog kami yang tidak seberapa ini . Tahun 2012 menjadi lebih baik dengan kata- kata dorongan semangat para pembaca. Syukran :) Akan kami "meng-hebatkan" penulisan kami dan silalah amik iktibar bagi mana yang boleh dan assif jiddan kalau ada yang salah. Sila perbetulkan kami . :) 

Assalamualaikum & Fee Aman Allah my fellow muslims :) 



                                                                                                                                              The Little Muslimah                                          

Bersahabat Sehebat,Sesejati seperti Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum~


KAWAN ape yang kalian faham pasal kawan ni...menurut saya kawan ni macam biskut.kejap ada kejap takde.bile senang ada,bila susah hampeh!bak kata orang KAWAN ni senang cari tapi SAHABAT susah,perlu meredah seluruh pelosok baru lah jumpa SAHABAT...

Walaupun hidup ramai Sahabat tapi kalau 'time-time' kite memerlukan dia,tapi menghilang tu bukan Sahabat namanya..Kawan ni pun kadang-kadang menyakitkan juga kan.memang seGeng seKepala tapi kalau saling tak memahami pun tak boleh juga kan~
Kalau kawan sebab sesuatu tu,baik tak payah buat kawan..kelebihan yang kita ada,orang nak pergunakan..inilah hidup, pasti ada ujian..

jika ditanya pada setiap orang, mahukan sahabat seperti apa, ramai jawab nak sahabat seperti Rasulullah.. SubhanaALLAH~

Semua manusia nak Para Sahabat macam tu kan.. memang susah nak jumpa SAHABAT yang macam tu..





antara
 contoh sahabat Rasulullah ialah Saiyidina Ali..
Saiyidina Ali  banyak mengambil tabi'at Nabi S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali  dengan Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu susah.

alangkah indahnya dapat sahabt macam ni..Ya ALLAH..dan 
Tatkala Rasulullah s.a.w. melakukan hijrah ke Madinah di atas perintah ALLAH S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka kepada Saiyidina Ali ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali  sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menggalas tugas tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu  merupakan pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hari.
Ya ALLAH.kalaulah kita melalui saat-saat genting macam ni,agak-agak sahabat kita nak tak buat camni..waallahualam..








seterusnya sahabat Rasulullah yang sangat berani sekali iaitu Hamzah Bin Abdul Muthalib. Sejak memeluk islam, Hamzah telah berniat untuk membaktikan segala keperwiraan, keperkasaan, dan juga jiwa raganya untuk kepentingan da'wah islam. Kerana itu tidaklah menghairankan jika Rasulullah menggelarnya dengan sebutan "Asadullah" yang berarti Singa Allah.
maka 
tibalah saatnya Perang Uhud di mana kaum kafir Quraisy disertai beberapa kafilah Arab lainnya bersekutu untuk menghancurkan kaum muslimin. Sasaran utama perang tersebut adalah Rasulullah dan Hamzah bin Abdul Muthalib. Dan mereka memiliki rencana yang keji terhadap Hamzah. Akhirnya kedua pasukan tersebut bertemu dan terjadilah pertempuran yang dahsyat, sementara Sayyidina Hamzah berada di tengah-tengah medan pertempuran untuk memimpin sebagian kaum muslimin.. Ia mulai menyerang ke kiri dan ke kanan. Setiap ada musuh yang berupaya menghadangnya, pastilah kepalanya akan terpisah dari lehernya.

Seluruh pasukan kaum muslimin maju dan bergerak serentak ke depan, hingga akhirnya dapat diperkirakan kemenangan berada di pihak kaum muslimin. Dan seandainya pasukan pemanah yang berada di atas Bukit Uhud tetap patuh pada perintah Rasulullah untuk tetap berada di sana dan tidak meninggalkannya untuk memungut harta rampasan perang yang berada di Lembah Uhud, niscaya kaum muslimin akan dapat memenangkan pertempuran tersebut.
Di saat mereka sedang asyik memungut harta benda musuh islam yang tertinggal, kaum kafir Quraisy melihatnya sebagai peluang dan berbalik menduduki bukit Uhud dan mulai melancarkan serangannya dengan lancar kepada kaum muslimin dari atas bukit tersebut.
Tentunya penyerangan yang mendadak ini pasukan muslim terkejut dan kucar-kacir dibuatnya. Melihat itu semangat Hamzah semakin bertambah berlipat ganda. Ia kembali menerjang dan menghalau serangan kaum Quraisy.Sementara itu Wahsyi terus mengintai gerak-geri Hamzah, setelah menebas leher Siba' bin Abdul Uzza dengan lihai-nya. Maka pada saat itu pula, Wahsyi melempar tombaknya dari belakang yang akhirnya mengenai pinggang bahagian bawah Hamzah hingga tembus ke bagian muka di antara dua pahanya. Lalu Ia bangkit dan berusaha berjalan ke arah Wahsyi, tetapi tidak berdaya dan akhirnya roboh sebagai syahid.

Usai sudah peperangan,
Rasulullah dan para sahabatnya bersama-sama memeriksa jasad dan tubuh para syuhada yang gugur. Sejenak beliau berhenti, menyaksikan dan membisu seraya air mata menetis di kedua belah pipinya. Tidak sedikitpun terlintas di benaknya bahwa moral bangsa arab telah merosot sedemikian rupa, hingga dengan teganya berbuat keji dan kejam terhadap jasad Hamzah. Dengan keji mereka telah merusak jasad dan merobek dada Sayyidina Hamzah dan mengambil hatinya.
Kemudian Rasulullah mendekati jasad Sayyidina Hamzah bin Abdul Muthalib, Singa Allah, Seraya berkata,"Tak pernah aku menderita sebagaimana yang kurasakan saat ini. Dan tidak ada suasana apapun yang lebih menyakitkan diriku daripada suasana sekarang ini.".

Ya ALLAH..Hebatnya singa ALLAH ini..demi melindungi Rasulullah s.a.w.SubhanaALLAH~
alangkah bagusnya jika dapat sahabat macam ni,yang sanggup melindungi kita sampai terkorban,Ya ALLAH..


Wahai manusia yang bergelar sahabat, jadilah sahabat sesetia para Sahabat Rasulullah. Seberani para Sahabat Rasulullah. Sehebat para sahabat Rasulullah.. Bawalah sahabat kalian ke jalan ALLAH sentiasa, tegurlah Sahabatmu jika salah, lindungilah sahabatmu jika dianiaya, tegakkan kebenaran sahabatmu jika salah.. Jadilah sahabat sejati sesejati sahabat Rasulullah..


Sahabatku sekalian,

Ingat KAWAN dekat mana-mana pun boleh cari,tapi SAHABAT dalam seribu orang,hanya seorang sahaja Sahabat....Bersahabatlah seperti Rasulullah s.a.w. 



Seperti kata Nabi: “Sesungguhnya sahabatku laksana bintang-bintang, apabila seorang pun yang kamu contohi akan memperoleh petunjuk.” (Hadis sahih riwayat Imam Baihaqi).







sekian~coretan buat semua juga diriku yang sering leka & alpa...

Belajar Mengucap Syukur...



...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته...


Apa erti syukur??Syukur ialah ucapan yang dilafazkan setiap kali kita mendapat nikmat.bukan saja nikmat,tapi apabila mendapat musibah pun,kita patut bersyukur...apa yang perlu kita ungkapkan?

Ucaplah Alhamdulillah Wa Syukurillah...yang bermaksud segala puji untuk ALLAH dan segala kesyukuran juga untuk ALLAH.kalau tak pun cukuplah sekadar ucap Alhamdulillah pun sudah cukup memadai.Ungkapkanlah ia selagi hayat dikandung badan...

Manusia sering dahagakan segala jenis nikmat dan kelebihan di dunia ni.Tapi terkadang kita lupa apabila dikurniakan nikmat dan kelebihan..kita lupa apa??kita lupa nak ucapkan Alhamdulillah kepada Pemberi segala nikmat yang hakiki iaitu ALLAH s.w.t...





Itulah lumrah manusia..apabila perlukan sesuatu,kita minta daripada ALLAH,jumpa ALLAH, tak henti-henti.siang dan malam...tapi apabila kita dapat memiliki apa yang diidamkan,kita terus lupa nak  jumpa ALLAH apatah lagi mengucapkan syukur.. Astaghfirullahhalazim..

Bersyukurlah saat susah dan senang.
Bayangkanlah kaki yang boleh berjalan tiba-tiba lumpuh kerana mengalami kecederaan.
Mata  yang selama ini boleh melihat tiba-tiba menjadi buta.
Mulut yang boleh bercakap tiba-tiba menjadi bisu.
Badan yang selama ni sihat tiba-tiba terlantar sakit..


Apabila tiba masa ALLAH s.w.t ingin mengambil semula nikmat tersebut,tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. ALLAH s.w.t. berhak memberi dan juga menarik semula nikmat yang diberi pada bila-bila masa apabila DIA menghendakinya..

Oleh sebab itulah, kita mesti bersyukur dalam hati dan menzahirkan kesyukuran kita tu kepada ALLAH s.w.t dengan mengucapkan Alhamdulillah dan melaksanakan segala perintahNYA..Jangan lupa bahawa setiap nikmat kurniaan ALLAH s.w.t pasti akan ditanya di akhirat kelak..

Kita juga selalu menganggap bahawa nikmat ialah seperti kekayaan,pangkat,darjat,kejayaan dalam peperiksaan dan seumpamanya.Mungkin kita terlupa ataupun tidak perasan apabila ALLAH s.w.t menghindarkan kita daripada suatu musibah yang asalnya akan menimpa kita.Yang kita nampak, apabila tidak ada yang bertambah pada diri kita,kita bersedih atas kekurangan tersebut.Tetapi bukankah terhindar daripada ditimpa musibah juga adalah nikmat yang besar??

Maka, Bersyukurlah Saat Susah Dan Senang Kerana Hakikatnya ALLAH s.w.t. Tidak Pernah Membiarkan Hamba- HambaNYA Berada Dalam Kesusahan & Kepayahan Selama-lamanya....

“Keranaku manusia..Lemah dan tidak berdaya disisiMU..
Sering kali terlupa nikmatMU datang tiada jemu....
Bila terhimpit..mulalah mencari dan menyebut namaMU..
Barulah ku merasai...makna sebenar Erti Syukur...”


sekian~coretan buat semua juga diriku yang sering leka & alpa...

Ikhtilat (Pergaulan)






Entry kali ini mungkin akan ada pembaca yang membenci admin yang menulis. Sila kuatkan hati untuk membaca. Tolong Husnuzon tentang apa yang hendak disampaikan. Keraskan hati, jangan nak sentap sana- sini. Kalau kena tarbiyyah sampai makan dalam sikit pun nak terasa, macam ni ke nak jadi penghuni syurga?


Dalam alam maya tak payah nak ikhtilat sangat lah. Bukannya ada sentuh- sentuh pun.. Takkanlah gurau senda pun salah? Saja mengeratkan silaturrahim kata orang.. Kalau setakat main add as friend, follow memfollow tapi tak tegur buat apa, ye tak? Kenalah tegur menegur untuk merapatkan ukhwah. Kita hidup biar ramai kawan bukannya ramai lawan. Pernah dengar alasan sebegitu atau kita sendiri yang memberikan alasan sebegini? Perkataan "Ukhwah" jangan dibuat main. Kebanyakan dari kita mudah sangat untuk menjaga ikhtilat di luar, tapi di alam maya? Muhrim tak muhrim, semua langgar. Berurusan jika perlu, jauhi jika perbuatan tersebut hanya menambahkan kerja malaikat di sebelah kiri kamu. Cakap senanglah Invi.. Macam mana kalau yang peramah dengan kita tu alim? Siap berkopiah, berjubah, bertudung labuh? Dah diberi peluang, memang Stadium Bukit Jalil sanggup ku tadahkan lah.. Boleh buat calon bini atau suami lah gitu.. Dapat juga dia pimpin kita ke Jannah. *tercekik tertelan kata- kata manusia* Alim betul atau alim- alim kucing?  Tetttttt kontroversi Invi, kontroversi! Jika benar dia betul- betul berilmu dia pasti dapat menjaga adabnya. Dia pasti tahu akan yang halal dan yang haram. Biar diri itu di gelar sombong! Sebab kita di dunia mencari Redha Allah bukan Redha manusia! Jangan sesekali ukur iman, melalui pakaian. Manusia yang berseluar jeans juga mampu jadi baik. Pakaian tak dapat mengukur kebaikan seseorang tu. Dan sekiranya kamu benar- benar mahu menjadikannya pasangan hidup, cukuplah sekadar bertaaruf dan nikahilah dia, bukan bantu dia untuk menambah titik hitam di hati. Itu caranya. Bukannya bergurau senda, membincangkan hal yang tak perlu. Jika sebelum nikah kamu sudah berperangai sebegini, hilanglah kemanisan selepas bernikah nanti. 





Credit kepada Encik Google


Si Jejaka: Rugilah bro, kalau tinggal gitu je. Peluang tu, peluang! Dah orang nak peramah dengan kita, kita layan jelah.. Bukan senang nak berkawan dengan perempuan tudung litup ni haaa... Kat luar, diorang pandang sebelah mata pun tak nak. Kat alam maya ni lah, nak puaskan nafsu di hati. Kalau dia jodoh aku pun, nanti lepas nikah, taubat lah sesama. Sehati sejiwa lah katakan.


Si pemalu yang tak berapa nak pemalu: Kitorang bertegur sapa kat alam maya nak tambah kenalan je. Kitorang pun manusia biasa, nak bergaul juga sesama manusia. Mana boleh judge sesuka hati. Bergantung pada niatlah, kalau niat tu nak menggatal, memanglah malaikat sebelah kiri buat kerja. Tapi niat kitorang cuma nak merapatkan ukhwah yang terjalin je.

 Invi: Ohh ku terkedu tanpa kata.  *Sesak nafas* :confused:




Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al- Israa: 32]



Niat tak menghalalkan cara, mu paham dak? Kalau niat baik, tapi guna cara yang salah buat apa... Perempuan belum lupus lagi kat dunia ni, untuk awak merapatkan ukhwah sesama mereka wahai gadis- gadis sekalian. Kesian bakal pasangan hidup kamu nanti. Ramai yang dah mengetahui banyak tentang kamu berbanding si dia yang lebih layak. Ouhh ini tidak adil, tidak adil bagi si dia♫♫  Ehem! Dan untuk si jejaka- jejaka yang tidak dilayan di luar sana, dan melampiaskan nafsumu di alam maya, STOP IT! Wanita bukan barang mainanmu, bukan jua tempat untuk kau jadikan sebagai pemuas nafsu! Aku juga berperangai begitu dulu. Dah pernah terjebak dengan kancah hampir kemaksiatan seperti itu. Manusia mampu berubah! Kau layak berubah! Kau mampu tinggalkan sifat tu! Anda mampu mengubahnya... Tak susah, hanya perlu berhenti menegur. Dan untuk muslimah sejati di luar sana, jaga adabmu, jaga dirimu daripada godaan- godaan sang jejaka yang mahu menawan hatimu kemudian dijak- pijak seperti sampah! Dan wahai gegadis yang berjubah dan bertudung litup, juga jejaka- jejaka rebutan malaya yang berjubah, berserban dan berkopiah di alam maya, jaga tingkah lakumu. Manusia memerhatikanmu. Jangan hanya kerana  silap mu seorang, ramai yang berpewatakan sepertimu tetapi menjaga tingkah lakunya, terkena tempias!



"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." [An- Nur: 30]



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..." [An- Nur: 31]



Ikhtilat bukan hanya perlu dijaga di luar.  Bukan hanya ketika bertentang mata saja. Tetapi di alam maya, semasa bersms atau bercakap di telefon juga. Jangan sampai digelar dengan perkataan "gedik" baru nak sedar. Ingat! akan ada manusia yang sentiasa memerhatikan kamu dalam diam. Jika kamu tak gentar akan mata- mata yang melihat, takutilah Pencipta kamu. Malaikat yang sering menjaga di kanan dan kirimu. Apa guna kau berpakaian, pakaian yang membanggakan sehingga ada yang menyanjungmu, tapi suruhan Allah Yang Satu tidak kau pedulikan? Apakah ini pengimpi Jannah yang sebenar- benarnya? Apakah ini cara seorang bakal da'ie yang benar- benar mahu menegakkan Agama Islam? Apakah ini manusia yang benar- benar mahu menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W. ? Ramai yang anggap remeh perkara- perkara sebegini. Orang yang baru berkenalan di alam maya dalam jangka masa yang singkat pun, boleh jadi mangsa rogol dan seumpamanya, lagikan kamu yang terus- terusan melayan? Tak usah tepuk dada tanya iman! Ketuk hati pakai hammer terus kalau masih mahu menolak dan menafikan. Dan tak perlu rasanya bermanja dengan ajnabi kan? Tak perlu nak berlembut sangat dengan ajnabi sehinggakan si dia terpikat kan? Apa motif buat macam tu? Tapi kalau anggap macam hubungan antara abang dengan adik tak boleh ke? Tak salah kan? Hubungan adik beradik mestilah ada manjanya. Kalau cari adik angkat yang sama jantina tak boleh ke? Kenapa mesti lain jantina?! Yang sama jantina dengan hang dah pupus ke?! Berlambak aihh yang sama jantina tu, tak nak tegur. Tegur bila perlu! Ingat! Bila perlu! Kalau setakat nak sembang kosong, tanya tengah buat apa semua, rasanya tak perlu kut.


-Ana Assif Jiddan, jika ada yang makan hati berulam jantung kerana entry ini :zonked: Assalammualaikum.-





                 Tanya balik pada diri sendiri, selepas menonton video daripada MrTheAllShared ni.

                                                                                                                                          -INVI-

Keobsesan terhadap sesebuah band atau artist .



Entry ini akan ada sedikit of humour sense dan maybe tidak seperti entry dakwah yang lain dan gambarnya  juga * wink * :D

 Bismillahiramanirahim . Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani . Assalamualaikum w.b.t . Kali ini saya buat entry mengenai music . Daripada Wikipedia.org , music itu bermaksud “ Music is an art form whose medium is sound and silence. Its common elements are pitch (which governs melody and harmony), rhythm (and its associated concepts tempo, meter, and articulation), dynamics, and the sonic qualities of timbre and texture. The word derives from Greek μουσική (mousike; "art of the Muses").[1] “ . Semestinya , kalian semua tahu apa itu music kan ? Kalau tak tahu itu , mesti kalian semua tengah buat lawak antarabangsa . Tetapi kali ini saya bukan bercakap mengenai MUSIC sahaja , bahkan si PENYANYI sesebuah MUSIC itu ataupun lebih senang cakap , THE SONG ARTIST .



Saya buat entry ini kerana soalan ini pernah ditujukan kepada saya , kawan saya tanya “kenapa yaya minat 1D dan yaya minat sampai tahap macam mana? “ jadi saya pun jawablah dengan panjang lebarnya . Jawapannya akan saya beritahu . Jadi , disini saya ingin memberitahu . Tak salah sebenarnya untuk kita meminati sesebuah band , atau seorang artist ( etc ; penyanyi or pelakon ) . Tak salah sebenarnya , tapi janganlah minat sampai terlalu obses . Sampai lupa diri , lupa agama , lupa Negara , sampai sanggup jatuhkan maruah diri , sampai sanggup malukan diri sampai segala – galanya ! Sebagai contoh saya amik Ayuni . MAAF saya bukan nak buka Aib tetapi saya nak bagi contoh sahaja . Ana assif jiddan jika kalian fikir dengan saya memberi contoh Ayuni ialah salah . Siapa Ayuni ? Kalau siapa yang memang rajin buka twitter , mereka akan dapatilah sejak akhir – akhir ini twitter TL semakin kotor sampai saya kena basuh pakai minyak wangi yang paling wangi didunia , Downy . Tapi nampaknya sedikit sahajalah bersih , tak semua . Ayuni ialah salah seorang kpoppers yang membuat entry ingin membuang kerakyatan hanya sebab rakyat Malaysia( kpop haters )  yang menghandiri Shout! Awards di Sunway Lagoon telah memboooooo artist kpop iaitu Nu’Est dan Vixx yang menghadiri ketika mereka melalui red carpet ( kot sebab saya tak tengok ) dan ketika mereka membuat persembahan ada yang menarik kaki mereka , baling botol dan selipar dan booo juga . Kawan saya yang pergi sana ada juga memberitahu pasal ini dan dia kata mostly ialah Melayu . See ? Ya Allah malunya , bukan malu sebab kaum sahaja tetapi malu sebab mereka tak ada rasa malu , I mean don’t you guys know the meaning of “ RESPECT OTHERS INTEREST “ ? Maaflah saya terlebih . Okey , itu salah satu contoh .  I mean , yes the people here dah malukan Negara sendiri dengan memboo dan baling botol selipar dan apa apa sahajalah tetapi janganlah sampai nak buat entry mengenai nak buang kerakyatan . 



Jadi kesimpulannya , janganlah minat sampai terlalu obses . Boleh minat , Ustaz Don Daniyal pun kata dia minat dekat Linkin Park , sampai ada simpan album Linkin Park ( kot , tak silap lah ) tapi dia tak adalah obses sampai lupa agama , lupa diri sangguh jatuhkan maruah bagai . Or maybe sebab dia “ Ustaz “ so , dia tahu batasnya . Tapi bak kata abah , music ni mampu menghitamkan hati , yes that’s sooo true . Tapi kalau lagu yang menginsafkan like zikir , ke selawat ke okeylah juga . And ada yang mengatakan music ini haram . Maaf saya tiada jawapan bagi itu sebab saya tidak buat google research or bertanya yang professional jadi harap boleh buat research sendiri . Terima kasih . Dan selaian keobsesan terhadap artist itu mampu buat kita jatuh maruah semua , ia juga mampu mendatangkan zina hati .      


  
Zina Hati itu apa ? Setelah research yang dilakukan , thank you kepada http://syahirul.com/gagal-memahami-erti-zina-hati/ kerana menerangkan . Jadi here ;
MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Rasulullah s.a.w:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).

وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya. Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim:

Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya.

Hadith pertama menggunakan istilah zina nafsu, manakala hadith yang kedua pula menggunakan istilah zina hati. Hadith inilah yang menjadi hujah tentang wujudnya zina yang dinamakan dengan zina hati dan tidak syak lagi hadithnya adalah hadith yang sahih.


Jadi sudah faham apa maksud Zina Hati ? So , satu soalan . Pernah tak kalian berangan yang kalian akan bercinta dengan mereka ? Yang kalian akan jumpa mereka dan memeluk mereka ? Kalian akan berkahwin dengan mereka dan selebihnya ? Maybe ada yang pernah dan maybe ada yang tidak pernah . Bila kita terlalu obsess dengan artist tersebut sehingga berangan terlebih seperti melakukan yang tidak patut walaupun ianya hanyalah angan – angan / khayalan , ia juga dipanggil zina hati . Kenapa ? Tanya pada diri jika kalian pernah bercinta atau mempunyai perasaan terhadap seseorang . Kalian akan teringat – ingatkan orang itu sampai akan terfikir luar dari kotak fikiran yang sepatutnya kan ? Tapi disini saya menegaskan , TAPAYAHLAH nak bercinta or having a crush on somebody . Cari cinta Allah dahulu , cinta yang kekal , cinta yang abadi . Suami/Isteri semua ni tunggu je sampai masanya . Jadi kembali kepada tajuk kita , pernah kan anda teringat – ingat sampai sebegitu ?

Saya juga seperti kalian . Yes , I’m a Directioners . Apa itu Directioners ? Fans kepada sebuah kumpulan bristish – irish yang dinamakan sebagai 1 Arah atau nama sebenarnya is One Direction ! HAHA . Opps maaf kepada fans mereka , saya pun mengutuk band kegemaran saya sendiri * wink * :D . Dan saya juga seorang kpoppers . Yes , I am . * smile sarcastically * . Dan semua soalan yang diatas saya tanya pada kalian , berlaku juga kepada saya ketika saya belum sedar . Bagi saya pada masa itu , itu hanya angan – angan sahaja . Tak apalah kan ? Angan – angan je kot , bukannya reality tetapi fantasi . Tetapi bila ada yang menyedarkan saya , baru saya faham . Ini salah . Angan – angan yang sampai membataskan pergaulan antara yang muhrim sebenarnya salah . Ini zina hati . Bila kita terfikir sesuatu itu , hati kita turut akan terasa kan ? Badan kita juga akan terasa kan ? Jadi jawapan anda sudah diberi .


Gambar ini bukan saya punya . Tapi inilah agaknya kalau orang yang obses . Jangan macam ni ye ? :) 


Jadi disini , saya ingin menyatakan . Tak salah untuk kita minat artist semua ni , tapi janganlah terlalu obsess sangat dan jika kalian nak berangan pun janganlah berangan yang boleh melibatkan zina hati , kalau dah nak TER-berangan sebegitu cepat cepat sedar dan istighfar . Kata pada diri “ Ingat Allah wahai diri . Ingat Mati . Jangan fikir benda yang tak akan menjadi reality . Capai cinta Allah dahulu wahai diri “ . Kata sebegitu pada diri . Tapi rasanya lebih bagus kalau kita dengar lagu yang dapat mengisafkan dirilah . Zikir ke , selawat ke . Tapi kalau nak dengar lagu lain – lain pun boleh tapi jangan sampai melalaikan diri . Eh kejap * garu kepala * * tepuk dahi * kebanyakan lagu yang tak ke agama memang melalaikan lah . HAHA okey but it depend to you .



Jadi disini sahajalah . Ana Assif Jiddan Alaik kalau ada salah informasi atau apa apa sahaja . Saya menulis apa yang ada di hati saya dan idea saya . Assalamualaikum . 

sebelum itu , ini ada beberapa pendapat tentang music . 

pictures credited to : Weheartit.com and Google.com . 

  • Pandangan Islam terhadap Music - LINK 
  • Hukum Musik dalam pandangan Islam - LINK

- DIERMONDING -
UP UP !