Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

IBU AYAH...REDHAILAH HIDUPKU...

Rasulullah s.a.w pernh berpesan bahawa redha ALLAH terletak pada redha ibu dan ayah . Pesanan itu membawa kepada pengertian yang cukup besar. Bahawa walau siapa pun kita, dikedudukan mana pun kita berada tetapi kedua ayah ibu tetap punya keutamaan di hati.
Sesungguhnya, di dunia ini ada beberapa perkara yang kita tak mampu memilikinya. Apa yang ALLAH berikan, itulah yang terbaik buat kita. Ayah dan ibu adalah salah satu daripadanya. Kita tidak mampu untuk memilih ayah ibu sebagaimana yang kita ingini. Kedua mereka dianugerahkan kepada kita.






Anugerah yang paling besar dalam hidup ialah ALLAH kurniakan ayah dan ibu yang sangat sayangkan kita. Memang ayah dan ibu selalu marah, membebel, dekat kita..tapi sedarkah kita itu semua sebab mereka sayangkan kita. Mereka tak nak kita hanyut dalam lautan kealpaan. Contoh, ibu dan ayah tak izinkan kita keluar jumpa kawan-kawan, jalan-jalan dengan kawan-kawan di pusat membeli belah, atau pergi mana-mana saja...Kalian tahu tak, ayah dan ibu buat begitu bukan bermaksud mereka mahu mengongkong hidup kita.!Inilah remaja, suka memberontak, berfikiran negatif terhadap apa yang dilakukan oleh ayah dan ibu. Sedarlah ayah dan ibu buat begitu sebab mereka tak nak kita terpengaruh dengan anasir-anasir yang tak baik di dunia luar tu..memang tak dinafikan terasa bosan apabila diperlakukan begitu, tapi percayalah ada banyak kebaikan disebaliknya...





Walaupun kita dah meningkat remaja, dah boleh fikir sendiri tapi tetap utamakan ayah dan ibu dalam apa-apa keadaan sekalipun. Ingatkah kita, ayah dan ibu lah yang telah melahir, mendidik dan membesarkan kita. Kasih sayang ayah dan ibu, kita tak termampu nak bayar, tak terhitung jasa bakti mereka buat kita.
Masa kita kecil, apa sahaja yang kita nak, ayah dan ibu lah yang bersusah payah dapatkannya.Walaupun sukar,mereka sanggup meredah kesukaran itu asalkan kita bahagia,gembira dan tak menangis lagi.
Tangisan kita adalah kepiluan bagi mereka. Kedukaan kita adalah tangisan buat mereka.







IBU, EMAK, UMI...insan yang mesti kita hormati, kerana kasihnya membawa ke syurga..

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Ibu banyak berkorban demi kebahagiaan kita. Sanggup berjaga malam, berlapar, demi kita! Ibu sanggup korbankan itu semua demi kasihnya dekat kita..



AYAH...dialah insan yang sanggup berkorban apa sahaja. Penat lelahnya mencari sesuap nasi, terus hilang sebaik melihat kita menikmati hidangan pengalas lapar. Ayah, pengorbanannya tidak terbalas, kasihnya tidak bertepi.

Seiring waktu berlalu, kita sudah mampu berdikari, membina kehidupan sendiri sedangkan ayah dan ibu semakin dimamah usia. Apakah masih ingat kita kepada mereka? Apakah sudah habis segala tanggungjawab kita kepada mereka? atau barangkali, terlalu sibukkah kita hingga terlupakan mereka???

INGATLAH...

> Firman ALLAH yang bermaksud : "Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNYA dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka jangan engkau berkata kepada keduanya sekalipun
perkataan 'ah' dan jangan engkau menengking mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan : Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka sudah memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Israk, ayat 23-24)

> Setitis airmata ibu yang gugur kerana kesedihan...segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan..tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya...


Selagi kita punya ayah dan ibu, berbaktilah kepada mereka dengan sebaik-baiknya dan sepuas-puasnya. Janganlah sesekali mengguris hati dan perasaan mereka. Mohonlah restu dan keizinan mereka sebelum melakukan apa-apa. InsyaALLAH hidup kita akan diberkati dan dirahmatiNYA.
Ingatlah..redha ALLAH itu terletak pada redha ayah dan ibu. Tanpanya, hidup kita akan terumbang-ambing. Tiada haluan. Bahkan tidak hairanlah andai kehidupan kita di penuhi dengan masalah dan kegelisahan.



" Jangan tunggu sehingga ayah dan ibu dijemput ILAHI, barulah ingin berbakti. Andai waktu itu tiba dan kita tidak sempat melakukannya, kita sendiri yang akan menyesal.


Usah biarkan itu terjadi. Sungguh, usah setelah denyut nafas ayah dan ibu terhenti, baru nak mencium dahi mereka. Jangan ketika mereka telah tiada. baru teringat nak mengucup tangan mereka. Jangan setelah mereka lama kembali, barulah kita mencari-mencari bayang mereka sedangkan semua itu tidak dapat dilakukan lagi..."

wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment

UP UP !