Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Antara Cinta Allah dan Cinta Manusia


 Ada yang cakap, "Aku nak hidup perlukan boyfriend, bosannya hidup tak ada boyfriend, jelesnya orang lain dapat kasih sayang. Nak girl satu, fuyyoo sexynya girlfriend kau, nak couple juga, untunglah ada girlfriend."
Dan ada juga yang menyesakkan fikiran mereka sendiri dengan crush sana-sini. Bercrush bagai nak rak, kadang-kadang tu sampai bawa ke laman sosial seperti twitter, dengan hashtag #ToMyCrush segala. Di facebook pula dengan status yang berjela-jela bagai pasal crush. Tak kurang juga ada yang cakap "Weh, couple ni haram tahu tak?, tangan kau yang dok pegang erat kekasih kau tu kena bakar neraka baru tahu, weh, maksiat tahu tak?, Kau jadi ahli neraka baru tahu, baru setahun jagung dah couple sana-sini, haram tahu tak berkasih sayang sebelum nikah!" Mereka menasihati tetapi tidak menuruti kata-kata yang dilontarkan oleh mereka sendiri. Hubungan lelaki perempuan dah kemana, bertepuk tampar sana sini, bergurau senda tak kira tempat. Kita mudah condemn orang lain, kenapa tak mahu condemn diri sendiri dulu? Lihat kesilapan kita, jadikan pedoman untuk orang lain.


Orang kata, "normal lah tu kalau suka dekat yang lain jantina, itu fitrah kan?, lainlah kalau suka dekat yang sama jantina, memang lah dosa.. Apa masalahnya kalau aku suka dekat si polan tu pula? Ganggu hidup kau ke?" Tapi apakah amalan kita bertambah jika kita terus-terusan mencari cinta manusia ? Ingat, cinta manusia takkan berkekalan, bila manusia yang dicintakan pergi, hati kita pun akan dibawa sama.. That time, mulalah keluar berita gadis bunuh diri ditinggalkan kekasih lah, itulah, inilah. Banyak pembaziran berlaku kat situ. Pembaziran air mata kerana menangisi sesuatu yang langsung tidak membawa faedah. Pembaziran masa kerana banyak menghabiskan masa untuk berdating segala, masa untuk pulihkan diri semula lepas kecewa lah katanya. Pembaziran wang ringgit! Ingat nak dating tak guna duit ke? Duit untuk pelajar sekolah yang pergi dating naik bas lagi. Untuk yang maju sikit, duit minyak untuk motor, kereta lagi. Tu tak termasuk makan dengan wayang  lagi.. Haaaaaaaaa !! pernah fikir? Tak! Sebab dah selalu dilalaikan dengan godaan si penghasut. Tak! Sebab merasakan cinta manusia lebih berharga. Tak! Sebab jarang fikir yang dunia ni sementara. Tak! Sebab merasakan cinta manusia ni kekal abadi. Cuba bayangkan balik apa yang telah kita lakukan sepanjang berkasihan dengan markha kita. Apa profit yang dah kita dapat? anak?! anak yang tak sah taraf?! anak yang dibuang merata-rata?! atau maruah yang tergadai?!


Bak kata satu pepatah Inggeris Love likes the fire, it can't be made a fool, it would burn your own
Nampak ! "it would burn your own" dan sesetengah orang kata cinta itu buta.  Nak tahu kenapa? sebab cinta itu buta jika berlandaskan hawa nafsu, cinta itu indah jika hadirnya pernikahan Nampak tak keburukannya sekarang. Jangan ingat orang asyik cakap cinta itu buta, cinta itu buta! Tapi ada yang cakap sweet pula. Ya memang tak dapat dinafikan, cinta itu memang buta. Buta sehinggakan tak tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang jadi mangsa siapa? DIRI SENDIRI ! Terlalu mencintai manusia melebihi Tuhan yang menciptakan diri kita! Allah yang ciptakan kita! Bukan boyfriend, bukan girlfriend! Lainlah kalau girlfriend atau boyfriend yang melahirkan korang.. *gelak sarkastik* "Hoi, Invi kan boleh couple islamic, macam yang orang cakap selalu tu.. sweet uols..ingat mengingatkan antara satu sama lain.."
Daripada mana sebenarnya perkataan couple islamic ni muncul? TAK WUJUD langsung benda alah ni tahu tak? jangan memandai menghalalkan yang haram. Putar belitkan cerita. Nak mengingatkan kebendanya? ingatkan awak dah makan? awak dah minum? awak tengah buat apa? Heklehh, dia ada mak kan? Biarlah mak dia yang uruskan semua tu, takkanlah dah besar panjang, makan pun nak suruh kut! lainlah kalau tak "couple islamic" yang tak berapa nak islamic tu korang ingatkan cenggini awak dah ready nak masuk liang lahad? Mati tu anytime, baik awak sedia mana tahu kejap lagi malaikat dah nak tarik nyawa. Mampu?! Kalau tak mampu tak usah berangan nak couple islamic segala. Cinta Allah pun belum mampu raih mengapa perlu dikejar cinta manusia yang belum tentu berkekalan? Impian menggunung mahukan Jannah tetapi masih menafikan kebenaran Islam.


Awak, kita bercinta till Jannah eh.. Cemana nak till Jannah kalau dok pegang anak orang? Cemana nak till Jannah kalau asyik dating memanjang perabis duit? Cemana nak till Jannah kalau memanjang telefon girlfriend atau boyfriend still cakap benda yang bukan-bukan? Dok biyy, sayang, anje, baby..(baby lah sangat, baby tua oii!) Paling parah bila ada yang panggil Papa Mama. *gelak guling-guling*  Mungkin ada yang bangga sebab dapat markha cantik, dan bagi wanita mungkin bangga sebab encik boyfriend ada sixpacks yang berpack-pack.. tapi apa awak nak jawab, andai kata suatu hari  nanti zauj anda bertanya, Enti ada sesiapa dalam hati enti selain ana sebelum ni? Haaaaaa !! takkanlah nak tipu pula kan? Fikir balik sekarang ni, layak ke kita dapatkan zauj atau zaujah yang baik? Asyik-asyik mengimpikan nakkan zaujah yang muslimah, mengimpikan zauj yang mampu pimpin kita ke syurga.. Tapi....... Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil.


Kata nak cenggini, mana usaha kita ke arah itu?

Sebaik-baiknya bercinta lepas nikah. Ada beberapa sahabat ana yang sudah menikah, pun memberikan pendapat yang sama. Lebih indah bercinta selepas nikah. "Tapi takkanlah nak kahwin dengan orang yang tak kenal kut?" Kenapa tidak? Ummi ana pernah cakap, bercinta lepas nikah ni, boleh kenal pasangan macam tengah couple. Kalau couple dulu, baru nikah dah tak ada benda yang boleh dikongsikan. Sebab tu dalam hidup, kita utamakan Allah dulu, Once kita berjaya dapatkan cinta Allah, that time InshaAllah kita dapat yang terbaik untuk kita. Normal lah kan, yang baik untuk yang baik. dan yang tak berapa nak baik untuk yang tak berapa nak baik juga. "Hekeleh cliche lah Invi" Tapi itulah kenyataannya. Penuhkan hati dengan iman dulu, baru dicari zaujah awak. Tak ke manalah jodoh awak tu. Even kalau tak dapat nikah kat dunia sekali pun, InshaAllah di jannah nanti ada balasannya. And untuk yang tak couple sekali pun, jaga hubungan awak dengan Allah, tahulah, awak tak couple tapi hubungan dengan manusia awak main langgar je. Kan malu cenggitu. Sampai ada yang dok menggeletis tak kira lelaki perempuan.. kalau lihat dekat social network pun, kemain lagi. Jaga perlakuan anda kaum Hawa dan Adam sekalian. Ada yang sentiasa melihat, ada yang sentiasa mencatit. Dosa sering berjalan, takkanlah nak biarkan tempat pahala tak gerak-gerak macam traffic jammed kut.. Best tahu tak, cari cinta Allah ni, walaupun banyak dugaan, cabaran, ujian.. Tapi InshaAllah profitnya kita dapat di jannah nanti. Ramai yang cakap STOP COUPLE ! Tapi berapa ramai yang mendengar dan menturuti? Bayangkan andai satu hari nanti roh dan jasad terpisah dalam keadaan anda masih berpegangan tangan dengan si dia, anda masih bermanja-manja dengan si dia. Tetiba malaikat datang. Yang sudah pergi, berharap dikembalikan ke dunia, Tapi kita yang masih diberikan peluang, tidak menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Bila malaikat maut sudah menghampiri, baru sedar, baru takut. Satu pun tak jalan. Lebih baik menyesal sekarang sebelum malaikat maut menghampiri. Mati itu pasti, Ana, antum akan mati jua. Tak kira masa, dan tak kira tempat.



Jaga diri, Jaga Iman, Jaga hati, Jaga mata, Jaga agama. InshaAllah akhlak pun terpelihara.

Biar takdir yang menentukan, biarkan Tuhan Yang Maha Esa mengaturkan.


Ada seseorang bertanya kepada seorang Ustaz tentang perasaannya, dan ini jawapannya.. mohon ambil iktibar :glad:





Dan bak kata ana pula.... hahahah.. :P





Assalammualaikum Ya ukhti wa akhi sekalian.. maaf kalau ana terkasar bahasa, terlanjur kata.. Fee Aman Allah.. *lelambai*



                                                                                                                                             ~INVI~

No comments:

Post a Comment

UP UP !