Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Layakkah!

Assalammualaikum Ya Ukhti wa Akhi sekalian... Kaifa haluk? :):):glad: Apa sudah bersedia untuk menemui Allah SWT ? Sudah bersedia untuk menjadi Bakal Jenazah? Sudah bersedia untuk dikafankan dan ditinggalkan sendirian di liang lahad? Dan sudahkah kita bersedia untuk disoal Malaikat Mungkar dan Nangkir? Adakah kita sudah pasti Jannah di tangan kita? Apakah kita pasti kita akan mendapat Husnul Khatimah yang diimpikan? Semua jawapan itu ada di dalam hati masing-masing.. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput, kita WAJIB sentiasa bersedia dengan berbekalkan amal ibadah dan pahala kita di dunia. Tak perlu dibanggakan dunia yang sementara. Tak perlu ada perasaan begitu. TAK PERLU !




Rumah kedua yang akan kita duduki, mungkin selepas ini atau mungkin esok? Kita tak boleh menjangkakannya, hanya perlu bersedia!




Kita perlu sentiasa fikir, layakkah aku untuk ke Jannatul Firdaus sedangkan dakwah dan amalan lebih sedikit daripada impian. Kita sering mengimpikan untuk ke Jannah Allah tapi masih melakukan yang mungkar. Manusia memang tak sempurna, tapi syurga takkan datang bergolek pada kita ! Tanpa usaha dan bekal amalan di dunia, layak ke kita mengimpikan ? Manusia sering berkata, "Aku nak taubat, aku tak nak buat dosa lama lagi. Aku menyesal." , "Aku perlukan sokongan untuk bertaubat. Tak ada siapa yang mahu menyokong. Keluarga aku tak sedikit pun menyokong untuk aku bertaubat" dan ada juga yang kata "Aku belum dapat hidayah lagilah, nanti kalau aku dah bersedia aku buatlah. Nanti aku cuba." Sampai bila nak macam ni ?! Takkan nak tunggu roh sudah berpisah dari jasad? Masa tu dah tak sempat, dah tak ada peluang, hatta sedikit pun! Taubat jangan dilengah-lengahkan, kerana mungkin selepas ini kita sudah di dalam liang lahad. Nak berubah jangan hanya di mulut, tetapi di hati juga.




Maaf jika ana terkasar bahasa, tapi jujur ana katakan, ana tak boleh terima jika ada yang menggunakan alasan "tak dapat hidayah lagi" untuk melambat-lambatkan taubat. Kenapa? sebab segelintir yang ana kenal, yang mana mereka menggunakan alasan ini, tahu akan hukum halal dan haram. Tahu membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Bangkitlah daripada kegagalan yang dulu, bangkit daripada kegagalan kita untuk mencari Nur Allah ! Kita tak patut masih di takuk yang lama. Kiamat semakin menghampiri, mati semakin mengejari kita, godaan semakin hebat, tapi InshaAllah jika kita betul-betul mahu berubah, betul-betul berusaha kita dapat ketenangan yang selama ini dicari. Ingat sahabat, Allah tak melihat kepada hasilnya, tapi Allah melihat kepada usaha kita. Ana sendiri pernah rasa macam mana perasaan tersesat di dunia, tersesat daripada jalan Allah. Sentiasa melakukan dosa besar, sentiasa khilaf. Ana tak menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sebaiknya di bumi Allah. Ana terlalu leka dengan duniawi. Terlalu seronok untuk mengejar perkara-perkara yang membawa dusta, fitnah, dosa besar! Ana sendiri pernah terlalu leka dengan cinta manusia(sedangkan tak dapat balasan, *padan muka kat diri sendiri*). Ehemmm.. *fokus balik*. Kita sebenarnya bukan tak boleh berubah ke jalan yang lebih baik, tapi kita MALAS ! Kita malas nak melawan godaan yang ada, kita dengan sangat mudah membiarkan yang tak sepatutnya mengawal kita!




Awak perlukan sokongan untuk bertaubat? Pernah fikir macam mana muallaf yang dibuang keluarga, dan dibuang oleh kawan-kawan mereka kerana mahu memeluk Agama Allah SWT yang satu? Kenapa mereka boleh dan awak tak boleh? Come one guys, move on lah sikit, ubah arah hati tu daripada yang bengkang bengkok jadi lurus macam pembaris! Awak tak teringin ke nak mati dalam keadaan Husnul Khatimah? Mati dalam keadaan yang tenang? Ditemani amalan-amalan kita sesudah menghadap Illahi? Tak nak semua tu? Tak nak jadi ahli syurga? Pilihan ada dalam tangan awak, awak yang kena buat pilihan. Boleh pilih antara yang baik atau buruk, antara syurga atau neraka dan antara mahu Husnul Khatimah atau Su'ul Khatimah.
Sentiasa fikir tentang kelayakan kita untuk mendapat semua tu, berusaha sehabis boleh untuk mengejar syurga sementara ada masa. Nak berubah kena ada guru, kalau tak ada guru, takut yang tak sepatutnya pula yang jadi guru. Cari orang yang betul-betul  di jalan Allah, dan selalulah berdamping dengan orang-orang yang sering di jalan Allah ni. Ana tahu, ana tak layak menasihati, sebab diri sendiri pun banyak lagi khilafnya. Tapi ana malu, bila orang yang non-muslim mengutuk yang muslim, perkara yang benar. Ana pun kadang-kadang bingung macam mana nak pertahankan.




And untuk muslimah, jaga sikit batas-batas awak. sama juga dengan yang muslim. Takkan nak suruh muslimah tutup aurat tapi awak sendiri tak tutup aurat kan ? Hatta level aurat awak, cuma dari pusat hingga ke lutut je. Tak susah mana pun. Gatal mata ni aihh, ternampak lelaki yang upload gambar pakai boxer je. Kalau nak ambil gambar, ambillah, tak kiralah pakai boxer cap ayam ke, renoma ke, asalkan tak perlu sampai tunjuk pada umum.. Yang terlihat ni pun malu tahu? Bagi yang belum menutup aurat di kepala tu, ana harap kalian berubah. Bagi yang dah bertudung, tolong! jaga perangai ye sayang-sayang semua ? Kalau tak jaga perangai, tu yang sampai orang cakap "Elehh, pakai tudung tapi mulut macam longkang, pakai tudung tapi baju ketat, pakai tudung tapi lengan pendek, pakai tudung tapi couple, pakai tudung tapi pegang tangan, pakai tudung serupa tak pakai tudung, atas dada buat mende, pakai tudung tapi tak jaga batas lelaki dengan perempuan" Tak sedap didengarlah, bila ada yang cakap macam tu. Kadang-kadang tu sampai kaum adam yang menegur. Kata nak zauj atau zaujah yang soleh atau solehah ala-ala Imam Muda dengan Ustazah Pilihan, tapi kenapa tak nak jadi macam tu dulu sebelum dapat zauj atau zaujah yang elok? Layakkah kita nakkan pasangan yang sebegitu sedangkan kita? KITA? KITA?  
  

Firman Allah:

 (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]


Setakat ni je yang mampu tulis, Mana-mana yang tak betul, dipersilakan letakkan kesalahan tu atas bahu ana, sebab ana sangat serba kekurangan.. Maafkan ana sekiranya ada yang terasa, makan hati, tangkap dalam atau jiwa kacau lepas baca entry ni. Entry ni umum. UMUM! ;)  Apa-apa isi yang baik tu semuanya hasil daripada kurniaan Allah SWT. Alhamdulillah. Fee Aman Allah. Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. :quizzical:
 
                                                                                                                           

                                                                     ~INVI~


1 comment:

  1. Saya suka entry ni, terima kasih. Saya tengah cuba nak elak lelaki ni.

    ReplyDelete

UP UP !