Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Tuhan Sedang Menguji Kita


Bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Begitu jugalah dengan hidup manusia. Tidak pernah lekang daripada dugaan walaupun sebesar zarah.

Namun, ramai manusia mengeluh apabila menerima dugaan. Mereka tak pernah sedar bahawa setiap dugaan yang ALLAH turunkan tu, pasti ada hikmah dan rahmat di sebaliknya..
Ketika diri diuji, kita tertanya-tanya, mengapa perlu diuji? Mengapa ketika orang lain sedang bersenang-lenang, bergembira, kita pula yang berdukacita? Mengapa kita yang kena, orang lain tak kena? Allahuakbar!!





Memang terasa berat untuk menghadapi dan menerimanya dengan hati yang tabah, namun itulah lumrah hidup sememangnya dipenuhi ujian. Ujian datang bertamu tak siapa tahu , apatah lagi meminta. Manusia tidak diuji setiap masa dengan kesusahan, bukan juga kesenangan. Bahkan ada masa dan ketikanya, kita tak pernah menjangka akan berlaku ujian sebegitu rupa. Kadangkala kita sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang diuji.ALLAH s.w.t tak akan menguji hamba-hambaNYA sesuka hati. DIA Maha Mengetahui. Jika DIA menghendaki seseorang itu ditimpa ujian, maka datanglah sesuatu ujian itu dalam apa jua bentuk seperti kesusahan, kesenangan, kesakitan, dan musibah. ALLAH s.w.t Maha Mengetahui. DIA tahu hambaNYA itu boleh menghadapi ujian itu dengan baik, sebab itulah DIA mengujinya. Semua itu adalah supaya ALLAH s.w.t tahu siapakah dalam kalangan hambaNYA yang paling terbaik amalan.ALLAH s.w.t berpesan, jika belum datang ujian, janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga. Di situlah, kita memerlukan SABAR...wallahu a'lam...









1 comment:

UP UP !