Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Manusia semakin kejam



Semakin maju dunia, semakin kejam manusia.. Hak Palestin diragut, Rohingya dikejami, Syria dibedil oleh sang pendusta. Manusia semakin hilang kewarasan hanya untuk memenuhi kehendak hawa nafsu yang tidak pernah ada penghujungnya. Ya, ini realitinya, ini kenyataannya. Inilah sifat manusia di zaman yang serba moden tetapi mempunyai akal fikiran yang pendek. Hak manusia lain diketepikan. Islam terus- terusan ditindas tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Inilah pemikiran manusia di zaman globalisasi. Mungkin ada yang membantah atau mengutuk sifat- sifat manusia sebegini. Tapi adakah cukup jika sekadar mengutuk di laman web- laman web sosial sahaja? Ini takkan mengurangkan semangat sang pembedil untuk terus memerangi.





Ini pula gambar bayi yang dibakar di Burma.. Angkara siapa? angkara yang bukan Islam! Angkara pemerintah yang zalim!


Di Burma, bangsa Rohingya yang beragama Islam dibunuh dan dibakar. Ya, termasuklah yang masih kecil! Mereka dikejami sebegini rupa oleh pemerintah yang zalim. And as a Malaysian kita buat apa? Kita hanya akan cakap kesiannya, kejamnya atau kita akan mengutuk perbuatan tersebut di laman web- laman web sosial. Perbuatan ni, sedikit pun tidak akan melemahkan pemerintah Buddha itu. Mereka tidak akan gentar sedikit pun. Kisah Muslim Burma ni dah lama terjadi, tapi macam kurang mendapat perhatian. Sehinggakan bila ditanya tentang bangsa Rohingya, ada yang tanya balik Rohingya tu apa... Untuk pengetahuan anda Muslim di Burma dibunuh kemudian di bakar. Ya! saudara seislam kita diperlakukan sebegitu rupa! Ini yang terjadi, dan ini yang tak terbela.



Manakala di Syria pula, mereka terus- terusan diperangi oleh puak syiah. Puak syiah ada adalah puak yang mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad S.A.W dan menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan. Mereka menolak ajaran Islam yang sebenar- benarnya.Wanita dan kanak- kanak juga menjadi mangsa. Ya, dunia sudah terbalik! Kekejaman yang berlaku seakan- akan sudah tidak diambil peduli lagi. Manusia yang cuba menyesatkan, disanjung- sanjung. Perbuatan yang baik, dikutuk- kutuk.




Antara kehancuran yang telah berlaku di Syria. (Credit)




                                   InshaAllah this video will explain you more about what exactly happen in Syria.




Too much Palestinian died and injured in Israel's air strikes.



Jihad Misharawi, a BBC arabic journalist who lives in Gaza, carries the body of his 11- month old son, Omar, through al- Shifa hospital in Gaza city. baca penuh

Banyak lagi kekejaman yang Israel telah lakukan. Dan sasaran mereka kebanyakannya ialah wanita dan kanak- kanak. Israel's air strikes has killed many Palestinian. Negara mereka telah dirampas dengan sewenang- wenangnya oleh zionis Yahudi.  And the best things ever that I've heard was, most of Malaysian seakan- akan menyokong Israel ya know? Yeah, bila ada yang suruh boikot.. Tahu, apa yang sesetengah malaysians cakap? We need Israel's products! Malaysia dah aman! Apa masalahnya kalau McD bagi burger free? ambil je lah! Tolong, tolong sangat- sangat jangan lontarkan kata- kata begini. Cuba bayangkan, sanggup tak, andai satu hari nanti Malaysia yang diperangi, dan keluarga kamu! Ya, keluarga kamu juga menjadi mangsa kekejaman! Dan si pengganas memberi makanan percuma kepada orang lain, seakan- akan mahu meraikan kekejaman mereka. Ya, kamu tak rasa apa- tapi di Gaza! di Gaza mereka dibedil siang malam.. Setiap hari ada yang cedera, ada yang meninggal dunia tanpa henti!! Mereka telah diperangi dalam jangka masa yang sangat lama. Even orang yang bukan Islam pun boleh boikot barang Israel, sedangkan orang Malaysia? sokong Israel!! Dan sekiranya kamu masih tidak mahu boikot, satu sahaja perkara yang kamu boleh lakukan, hanya berdiam diri! Tolong jangan mempengaruhi orang lain.




Ini dia beza McD di MALAYSIA! dan di LUAR NEGARA! ketika McD memberikan burger percuma. Dan pada saat itu rakyat Palestin sedang berjuang habis- habisan!


 Where's your huminity yang digembar- gemburkan tu? Hilang hanya kerana terpengaruh dengan burger semata? Malaysia ramai sangat penduduk Islam, tapi kenapa tidak bersikap dengan sewajarnya? Ya, makanan tu memang tak haram. Tak haram sama sekali. Tapi disebalik keenakan yang kamu nikmati, terdapat ribuan nyawa yang telah terkorban. Terdapat ribuan manusia yang menitiskan air mata kerana itu. Pernah kita terfikir tentangnya? Tidak! Ya, kamu tidak pernah terfikirkannya. Kerana bagi kamu Malaysia dah aman! Itu bukan negara kamu! Tapi ingat, di sana terdapat banyak penghuni- penghuni Jannah kerana Syahid, dan mereka adalah saudara seislam kamu! Kita di sini, hanya duduk goyang kaki, bergelak ketawa dan menikmati apa yang Yahudi Zionis berikan pada kita. Sedangkan mereka? Dan jika benar kamu mahu memboikot barangan mereka, bukan McD sahaja. sebenarnya terlalu banyak dan kita sering menggunakannya. Lebih baik kita boikot berterusan bukan bermusim kan? Ini tidak, bila ada perang teruk baru nak memboikot.




Antara barangan yang dikeluarkan oleh mereka (credit)



Masih mahu berdiam diri? Masih mahu membiarkan? Anak muda terlalu sibuk dengan dunia mereka! Enough guys! Anyone will said, takkanlah kami nak pergi berperang pula, just shut your big mouth girl! Malaysia dah aman, buat apa nak kisah lagi. But, if anything happen to Malaysia, and that time, I'm not a  Malaysian, I will say like this to you Duhh, for what kisah pasal uols? Even you didn't cares about anybody even there's a country yang tengah berperang, tengah susah, sehinggakan ribuan weh, Ribuan! kanak- kanak yang syahid, women, oldfolks yang terkorban! Ada kau kisah pasal tu? tak ada! tak ada! Israel keep bombing Palestine, and kita duduk goyang kaki, macam tak ada apa berlaku. Siap pakej sempat tengok bola lagi.. Man! the ball will still round, and you doesn't cares about Palestine, Rohingya or Syria at all!! And some of us keep telling others about those country, suruh buat itu, buat ini, tapi ternyata anda hanyalah keyboard warrior yang hanya mahu kelihatan baik di hadapan mata masyarakat. Saya menjengkelkan? Ya, saya memang menjengkelkan! Tapi anda lebih menjengkelkan jika terus- terusan menjadi keyboard warrior yang tidak memberi faedah kepada orang lain.  Talking is nothing. Doing is something. jangan hanya jadi keyboard warrior yang hanya mampu cakap tapi tidak bertindak..... Lainlah jika jiwa kamu sudah diambil pergi oleh Flying Dutchman.. But the reality is, flying dutchman tak wujud, tapi manusia pura- pura seperti jiwa sudah diambil pergi  sehinggakan tiada sedikit pun, rasa belas kasihan terhadap saudara seislam kamu!



It is too cliche for reminding others about those things lah Invi. It is a boring topic! Kalau yang Islam tak ingatkan, siapa lagi nak ingatkan kamu? Zionis? Mereka gelarkan muslim sebagai terrorist, tapi kamu buat apa? Hanya berdiam diri, mengharapkan kekejaman zionis berakhir? Mereka tak akan sesekali mengikut telunjuk kita.. Jika kamu mahu Islam bangkit, tolong pertahankan Islam. Tolong hidupkan kembali sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW untuk kita. Andai kata kamu mati dalam keadaan kamu tidak mengasihani saudaramu sendiri, apa yang kamu mahu jawab di akhirat sana? Ramai yang ambil mudah perkara sebegini. Ramai menganggap perkara sebegini tidak penting, tapi ingat! Jangan kamu menyesal andai kata kamu sudah tak diberikan peluang lagi. Jika kamu tak mampu menyertai mereka untuk untuk berperang, kamu bantu dengan doa. Kerna doa itu senjata mukmin. Tak susah, kamu hanya perlu mengangkat tangan sahaja. Mereka mengharapkan doa kita bukan sifat tidak endah kita. Doalah selagi kamu mampu jika hanya itu sahaja yang mampu kamu lakukan. Ingatilah mereka dalam doamu. Jika kamu merasa kamu dalam kesusahan, Ingat! Mereka lebih susah berbanding kamu.



Assalammualaikum ya ukhti wa akhi.. Assif jika ada yang terasa dengan entry ini. Dan tolong fikir berulang kali, apa yang telah kita lakukan untuk mereka? Dan apa yang telah kita perjuangkan untuk Islam.


P/S: boleh lawati laman web aman Palestin untuk sebarang info dan untuk menderma..



Boleh bertanya lebih lanjut pada ukhti Dya Mohamad

                                                                                                                       
                           
                                                                                                                                          ~INVI~

No comments:

Post a Comment

UP UP !