Assalamualaikum putera- puteri agama dan calon penghuni Jannah :)
Assalammualaikum w.b.t, Salam ukhwah fillah to all readers. Assif jiddan jika ada yang terasa atau membenci kami kerana entry yang ada di dalam blog ini. Kami bukan seorang da'ie kami hanya pencari mardhatillah yang berharap tidak lelah untuk kembali kepada Tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Kami hanya mampu mengingatkan dan menasihati tapi kami tidak mampu mengubah kalian. Cari hidayah dan gapai andai kalian sudah memilikinya. Entry yang ditulis di sini adalah apa yang terlintas daripada hati kami, jadi kami berharap anda membaca menggunakan hati kalian juga agar lebih mudah membuatkan kalian faham dan kembali ke jalanNya.. InshaAllah.. Syukran :) - The Little Muslimah .

Gambaran hari kiamat menurut Islam.



Assalamualaikum! 

Apa khabar semua? Alhamdullilah kami sekalian sihat syukur Alhamdullilah. Sudah lama kami tidak update, kami mohon maaf atas itu. Sangat buzy dengan sekolah dan sudah lost Idea nak update apa. Assif jiddan . Disini saya ingin post kan tentang " Gambaran hari kiamat menurut Islam " . Seorang sahabat saya tag pada saya gambaran kiamat ini, Ya Allah! MashaAllah! Allahuakbar! Hanya itu sahaja yang mampu ucap time baca, air mata mengalir ketakutan, MashaAllah....golongan manakah kita nanti ? Adakah mampu diraih syurga itu? Macam mana kalau lepas ini aku mati? Amal aku tak banyak... Ya Allah, soalan - soalan itu sahaja yang mampu disoal pada diri. Jawapan ? Haaaaa lu amik kapak lu ketuk hati lu then lu dapat jawapan lah ! Marilah amik iktibar dari gambaran ini. Semoga kita bersama - sama dengan orang yang beriman .. 



Gambaran hari kiamat menurut Islam.
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Amar Sufi 

DIERMONDING-DA

InshaAllah nanti nak buat segmen yang tajuknya " WHAT IS HIJAB TO YOU ? " . Tapi tak sempat, later I will post about it. Assalamualaikum! Adios. 

WORLD HIJAB DAY . SPREAD SPREAD SPREAD .


WORLD HIJAB DAY ON FEBRUARY 1ST , 2013 

Assalamualaikum w.b.t . 

Aduhai sudah berhabuk blog kami ini , *amik bulu ayam* *bersihkan* WALAH ! Dah , tak berhabuk dah kan ? Lawah tak lawah tak ? Hehe . Iyup saya sudah tukar header dan background, well we've been using that theme for a long time so i decide to change it . Okey , malas nak berpanjang lebar here . Hope you can spread it all over the world . 

So i found this when i scroll my TL Twitter then i think this is something i need to spread . Here is their twitter +StunningHijab.com @StunningHijab(twitter) https://www.facebook.com/WorldHijabDay(Facebook) if you want to know more information about it . So this WORLD HIJAB DAY not only for those muslims but also for non-muslims. How great is that ? Now everybody will know the feeling wearing Hijab. 

If some of you doesnt know what is Hijab , here it is i googled it ; 


Definition: Hijab is the general term for Muslim women covering up according to Islamic law, and varies from culture to country with the headscarf to the all-encompassing burqa. Most Muslim scholars set puberty as the general age for Muslim girls to start wearing the hijab. The purpose of the hijab is to meet Islamic standards of modesty.

Hijab ni definisi dia luas actually but for me , hijab is a piece of cloth  that cover your head and hair from being see by non-muhrim but hijab is not only covering your head/hair but also fully covered your aurah . Most people selalu salah anggap, hijab ni setakat tutup rambut korang je , no no hijab ni tutup sepenuhnya termasuk dada korang. I see a lot of teenage girls nowaday wear their hijab but they dont cover their chest . Aku dulu pun macam tu juga tapi lepas tahu definisi sebenar Hijab, i change . I really want to know why those girls pakai hijab tak tutup dada . Nak tunjuk besar dada ke ? Maaflah kalau bunyi kasar but seriously dude ?  Jangan salah anggap definisi memakai hijab hanya menutuk rambut dari dilihat non-muhrim , tidak . salah tu . Fully cover it up . Okey ? And hijab also a shield . A shield yang melindungi kita dari dibaham harimau manusia , yang menahan kepala kita daripada kepanasan matahari . Yes, hijab is a shield . It doesnt matter how you define hijab as a shield , but the matter right now is you know , hijab is A SHIELD . 


"When a woman chooses to be covered
this doesn't mean that she knows nothing about fashion 
But she knows: where, when, and for whom to wear it."- Stunning Hijab
 And another one when they wear hijab , ada pula yang nak letak bonggol unta kat kepala tu . Aduhai apa ni ? Serius serius ? Kelakar dhoe . I dont know but it is tottaly hilarious to see someone wearing hijab and suddenly ada unta dekat kepala dia . Kalau dekat sekolah , puan pengetua or gpk hem akan tarik budak yang pakai unta tinggi tinggi . Tolonglah ye, tak boleh tau ? Jangalah nak pakai unta semua ni . Tak boleh . Senang cerita , Haram . 


"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]  
And hijab also for me is something that shows who you are , who are you . Well yeah there's a saying " Dont judge a book by its cover " but seriously , if you look at someone you will look at their appearance first right ? Unless pakaian dia memang hmph so kita judge dia dengan attitude dia terus . But yes , hijab also memainkan peranan siapa diri kita . Macam mana attitude kita , macam mana kita interact with everybody , macam mana kita macam mana kita bla bla bla ... faham ? So jangan ingat kau pakai hijab hanya sebab tuntutan well itu memang wajib pun but also remember kau pakai hijab , dia mencerminkan diri kau . Ada faham ? *pegang kapak* 

credited to Stunning Hijab


Jadi , hope you guys can spread this news to everybody . SPREAD IT EVERYWHERE . WHETHER YOU'RE A MUSLIM OR NON MUSLIMS and if there are NON - MULIMS ask about this , mohon terangkan dengan betul . Betapa sejuknya bila memakai hijab ni dan lagi - lagi bila tutup dengan sempurna . So maaf atas kata kasar , dan typo dan segalanya . 

Assalamualaikum , adios . 



" Yes, we wear Head Tents " 

credited to Wehearitit.com

"DA-THE ROCK DIERMONDING :D" 


UP UP !